• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda CX-3 (2018) Facelift Kini di Malaysia - Harga RM121k, Lebih Murah & Mampu Milik

Mazda CX-3 (2018) Facelift Kini di Malaysia - Harga RM121k, Lebih Murah & Mampu Milik

August 9, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

924
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELEPAS membuat tayangan umum semasa Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) pada Mac lalu, Mazda CX-3 (2018) facelift kini secara rasmi tiba di Malaysia.

Hadir dengan rekaan menarik dan ditala menjadi lebih baik, model crossover yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu turut dijual pada harga lebih mampu milik.

HARGA

  • Mazda CX-3 (2018) facelift - RM121,134

* Harga atas jalan tidak termasuk insurans

Pembeli juga boleh mendapatkan aksesori pilihan seperti sistem navigasi Mazda pada harga RM1,198 dan filem cermin gelap Skytint bernilai RM1,792.

WARANTI

  • 5 tahun waranti bersama 3 tahun servis percuma termasuklah kos upah, alat ganti dan minyak pelincir

6 PILIHAN WARNA

  • Soul Red Crystal - Merah
  • Ceramic Metallic
  • Machine Grey - Kelabu
  • Deep Crystal Blue - Biru
  • Jet Black Mica - Hitam
  • Snowflake White Pearl - Putih
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
papan pemuka Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Rim Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia

APA YANG BAHARU?

Antara kemas kini ditampilkan pada Mazda CX-3 (2018) facelift ialah brek parkir elektrik, rekaan konsol lebih kemas, dan butang kawalan MZD Connect, manakala punat Sport kini diletakkan di posisi baharu.

Imej luaran diserlahkan menerusi gril krom kembar baharu, lampu kabus gelap, rekaan lampu belakang mirip CX-5 dan rim aloi 18-inci baharu. Bagaimanapun tiada ciri bumbung suria, tetapi digantikan ciri keselamatan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Pemantauan Titik Buta (BSM).

BSM membantu mengesan dan memberi amaran kepada pemandu tentang kehadiran kenderaan di kawasan titik buta dengan memaparkan ikon pada cermin sisi berkaitan. Sekiranya pemandu ingin menukar haluan dan terdapat kenderaan dalam titik buta tersebut, ikon itu akan menyala dan amaran bunyi beep dikeluarkan.

Manakala RCTA pula berfungsi memberi amaran kepada pemandu apabila ia mengesan ada kenderaan mendekati dari kedua-dua arah ketika hendak mengundur.

Mazda CX-3 2018 facelift MalaysiaENJIN KEKAL SAMA

Trenkuasa Mazda CX-3 (2018) facelift masih mengekalkan enjin Skyactiv-G aspirasi natural (NA) 2.0L berkuasa 151hp dan tork 204Nm bersama padanan transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv-Drive.

BACA >>> #PanduUji: Mazda CX-3 yang Memberahikan

6 BEG UDARA

Demi ketenangan minda, pemilik CX-3 (2018) facelift kekal dengan ciri keselamatan seperti;

  • 6 beg udara
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • Sistem Kawalan Pemvektoran-G (GVC) yang menawarkan kualiti pengendalian lebih baik

Tunggu apa lagi?

GALERI

Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
papan pemuka Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
stereng Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Harga Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
lampu Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia
Rim Mazda CX-3 2018 facelift Malaysia

Related

924
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 2018 mazda cx-3, 2018 mazda cx-3 malaysia, crossover mazda, enjin 2018 mazda cx-3, harga 2018 mazda cx-3, Harga Mazda CX-3 (2018) facelift, Mazda CX-3 (2018) facelift, Mazda CX-3 (2018) facelift Malaysia, Mazda Malaysia, SUV Mazda, suv mazda cx-3 2018

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my