• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / eCub - Motosikal Elektrik Kustom Berasaskan Kapcai Honda Cub dan Super Cub

eCub - Motosikal Elektrik Kustom Berasaskan Kapcai Honda Cub dan Super Cub

August 10, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

511
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA baru-baru ini memperkenalkan model Super Cub C125 di Indonesia. Di Asean, kelibat Honda Cub sudah sebati dengan lanskap permotoran rantau ini, termasuk Malaysia juga. Malah memberikan ilham kustom dan modifikasi dengan cara tersendiri.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?

Sebuah kedai kustom di China, Shanghai Customs menawarkan pembeli peluang mengubah suai enjin Super Cub mereka kepada nadi baru yang dikuasakan elektrik. Hanya dengan sedikit modifikasi secara DIY, motosikal gaya klasik itu dapat ditukar menjadi motosikal elektrik. Berminat?

Selain produk kenderaan premium yang semakin mendapat tempat di China, situasi sama juga menular untuk kenderaan elektrik (EV). Ini disokong pula insentif diberikan Kerajaan Beijing kepada pengguna yang mahu menukar enjin petrol kepada elektrik, sekatan ke atas motosikal petrol daripada memasuki pusat bandar dan kenaikan harga plat lesen. Jadi, tidak hairan scene EV semakin agresif di China.

SHANGHAI CUSTOM - UBAH SUAI HONDA CUB KEPADA EV

honda-ecub-retro-ev-4
honda-ecub-retro-ev-15
honda-ecub-retro-ev-6

Di sinilah Shanghai Customs bermula. Diketuai Matthew Waddick dari New Zealand, syarikat itu tahun lalu muncul dengan projek eCub menerusi modifikasi eletrik penuh ke atas model Honda Super Cub kepada pembeli baru, dan juga mensasarkan pemilik Super Cub sedia ada dengan kit ubah suai.

BACA >>> Benarkah Motosikal Elektrik Akan Jejaskan Pasaran Pengeluar Ekzos?

eCub dibangunkan berasaskan Honda Cub sedia ada apabila frem ditanggalkan dan tangki minyak digantikan dengan bateri. Hasilnya, kapcai Honda itu kini tampil dengan rupa ramping dan togel dalam warna hitam berkilat (lihat foto dalam video).

Tahun ini, Shanghai Customs memperkenalkan eCub 2 dengan menampilkan sentuhan retro seperti mana dapat anda lihat pada foto terbaru di bawah ini. Motosikal EV ini mampu ditunggang sejauh 40km pada kelajuan 45kmj dengan berat penunggang 80kg. Spesifikasi itu dibuat berasaskan purata rutin pergerakan penunggang motosikal, iaitu di bawah 40km setiap hari.

Hmm... menarik juga. Apa yang penting, tidak perlu isi minyak. Jimat betul!

GALERI

SUMBER: Silodrome| ShanghaiCustoms FB

Related

511
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, China, eCub, EV, Honda, honda super cub, Honda Super Cub C125, Kapcai, Kenderaan Elektrik (EV), Matthew Waddick, motosikal elektrik, motosikal EV, roda2, Shanghai Customs

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev