• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Thierry Henry Kembali dalam Iklan TV Renault untuk Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/19

Thierry Henry Kembali dalam Iklan TV Renault untuk Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/19

August 13, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


MANTAN penyerang Perancis dan Arsenal, Thierry Henry bersetuju kembali menjadi duta untuk Renault yang akan menyaksikan beliau beraksi dalam siri iklan baru TV sempena siaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2018/2019. Saingan EPL baru saja bermula hujung minggu lalu.

Renault dan Henry pernah menjalinkan kerjasama pada 2002 dalam siri iklan Renault, 'Va Va Voom'. Dua tahun kemudian frasa itu dimasukkan secara rasmi dalam kamus Inggeris Concise Oxford English Dictionary.

BACA >>> Pemain Bola Kedah, Mat Don Pun Sanggup Ambil Lesen P, Anda Bila Lagi?

Kini, Henry dan Renault  akan berkolaborasi dalam siri iklan TV baru dengan tanda pagar #withyoualltheway dengan memaparkan aksi peminat EPL sebenar berserta beberapa model Renault seperti Clio, Captur dan Megane RS serba baharu.

"Saya rasa hebat dapat hidupkan semula hubungan lama dengan Renault, terutama ketika saya kembali kepada pasukan sewaktu perjalanan pertama saya dalam bola sepak. Pernah bermain di stadium seluruh dunia, saya tahu keghairahan dirasai peminat untuk sukan kegemaran mereka.  Saya mahu bantu Renault meraikan keghairahan ini sepanjang musim EPL, dan menyuntik sedikit 'Va Va Voom' dalam bola sepak British," kata Henry.

BACA >>> José Mourinho Lebih Seronok Memandu di Portugal, Jalan Raya England Bikin Stres

Thierry Henry memiliki karier bola sepak selama 20 tahun dengan bermain hampir 800 permainan untuk kelab seperti Monaco, Juventus, Arsenal, Barcelona dan New York Red Bulls. Bagaimanapun prestasi terbaik beliau paling diingati ialah ketika bermian bersama Arsenal dengan menjaringkan 228 gol dalam 376 perlawanan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Arsenal, Auto Terkini, bola sepak, EPL, iklan, Iklan TV, Liga Perdana Inggeri (EPL), Perancis, Premier League, Renault, Thierry Henry

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev