• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Geely Dedah Foto Rasmi SX11, Beri Gambaran Bakal SUV Kedua Proton?

Geely Dedah Foto Rasmi SX11, Beri Gambaran Bakal SUV Kedua Proton?

August 7, 2018 By Han Othman Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN ternanti-nanti kemunculan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, Boyue pada penghujung tahun ini, pembeli Malaysia, terutama peminat jenama kereta nasional itu turut didedahkan dengan spekulasi bakal kemunculan satu lagi SUV Proton yang bersaiz lebih kecil, dengan kod nama SX11.

Jika Boyue termasuk dalam kategori SUV kompak, SX11 pula SUV segmen-B yang akan berkongsi pasaran sama dengan pesaing sedia ada di Malaysia seperti Honda HR-V, Toyota CH-R dan Mazda CX-3.

BACA >>> Harga Geely SX11 Selepas 'Rebadge' Dijangka RM60-RM80k, Bakal Ubah Masa Depan Proton?

Menariknya, Geely baru saja mengeluarkan foto rasmi model tersebut dalam bentuk ilustrasi media yang secara tidak langsung memberikan gambaran awal tentang rupa SUV kedua Proton nanti. Dengan saiz badan lebih kompak berbanding Boyue, penampilan SX11 boleh dikatakan sedikit sebanyak menepati cita rasa penggemar SUV global, termasuk Malaysia sendiri.

Model ini dikatakan akan dijana enjin 1.5L pengecas turbo berkuasa 161hp dan tork 255Nm dengan trasnmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan yang dibangunkan bersama subsidiari, Volvo.

Geely sebelum ini ada menyebut tentang pembangunan platform global BMA yang mesra teknologi terkini seperti hibrid dan teknologi bantuan pemandu. Malah, platfomr itu akan dikongsi bersama rakan sekutu lain. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan platform itu digunakan sebagai asas pembangunan SX11 atau tidak.

BACA >>> Geely Hasilkan Platform Sendiri untuk Kenderaan Segmen-B, Model SUV Jadi Perintis

Menarik tentang SX11 seandainya menjadi model kedua SUV Proton kelak, kami menjangka ia bakal mengubah masa depan Proton apabila mengambil kira potensi harga ditawarkan yang pastinya lebih murah berbanding model Boyue, dan perkembangan trend global masa kini.

Buat masa sekarang, kenalah banyak bersabar dulu.

 

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Foto Rasmi, Foto Rasmi Geely SX11, Geely, Geely Global, Geely SX11, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton, Roda4, SUV, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev