• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Lotus Satukan Semula Elise dengan Pemilik Asal Nama Model itu

Lotus Satukan Semula Elise dengan Pemilik Asal Nama Model itu

August 6, 2018 By Han Othman Leave a Comment

348
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERASAN atau tidak yang Lotus kerap meletakkan nama kereta bermula huruf E. Sekarang fikirkan tentang Evora, Exige, Esprit, Elan, Europa. Termasuk Elise juga. Tetapi semua nama itu tidak hanya muncul dari bilik jabatan pemasaran, tetapi ada juga dipiliha bersempena nama sesuatu. Misalnya Elise dalam artikel ini.

Siapa sangka Elise (manusia) akan bersatu dengan Elise (mesin) yang dinamakan sempena namanya. Nama Elise diambil daripada nama Elisa Artioli dan dia ialah cucu kepada Romano Artioli yang membeli Lotus daripada General Motors (GM) pada 1993 selepas memulihkan Bugatti beberapa tahun sebelum itu.

Artioli memiliki Lotus pun tidak lama sebelum dijual pula kepada pengeluar Malaysia, Proton pada 1996. Tetapi tempoh masa sekejap itu sudah cukup untuk dia melancarkan Elise yang menjadi bentuk asas bagi setiap model Lotus selepas itu. Dan nama itu diberikan bersempena nama cucu kesayangannya.

lotus-elise-name-origin-1
lotus-elise-name-origin-6

BACA >>> Geely Sah Jadi Rakan Strategik Proton - Lotus Kini Milik Geely

Kini selepas 22 tahun berlalu, Elisa Artioli kembali ke Hethel buat kali pertama dan dia disatukan semula dengan Elise keluaran pertama dikeluarkan daripada barisan pengeluaran. Di sana, dia bukan memandu jentera tersebut mengelilingi trek ujian Lotus, malah turut mencuba Exige Sport 410 dan Evora GT410 Sport.

Peristiwa baru itu melengkapkan lagi rentetan sejarah Lotus yang awalnya diasaskan jurutera automotif British, Colin Chapman pada 1952. Selepas kematiannya pada 1982, Lotus diambil alih jurulelong automotif, David Wickins yang kemudian menjual firma itu kepada GM pada 1986.

Lotus kemudian berpindah hak kepada Artioli pada 1993 sebelum sekali lagi berubah nasib kepada pengeluar Malaysia, Proton pada 1996. Terkini, Lotus menjadi hak milik pengeluar automotif dari China, Geely sejak tahun lalu.

BACA >>> Lotus Exige Sport 410 - Model Exige V6 yang Paling Ringan, Jinak

Related

348
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Elisa Artioli, Geely, General Motors (GM), Kereta Sport, Lotus, Lotus Elise, Proton, Roda4, Romano Artioli

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan
    MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev