KES jenayah melibatkan penunggang skuter di London sedikit sebanyak menjejaskan angka jualan motosikal segmen itu di bandar raya tersebut. Ini secara tidak langsung memaksa pengeluar motosikal dari Itali itu menawarkan pakej dan harga menarik untuk memikat pembeli.
Antaranya Piaggio, yang menyertai Honda, dalam menawarkan pakej peranti GPS, TRACKER™ percuma bagi setiap pembelian skuter baru. Pelanggan membeli model GTS300 dan Beverley 300/350 diberikan unit Tracker dengan tempoh langganan percuma selama setahun. Tawaran bermula sekarang hingga akhir Oktober nanti.
BACA >>> Honda UK Tawar Peranti Jejak GPS Percuma untuk Semua Motosikal Baharu
Piaggio juga mengumumkan kerjasama dengan syarikat insurans, Lexham Insurance yang akan menyokong promosi tersebut dengan diberikan diskaun insurans premium, 10 peratus jika memasang TRACKER™, tertakluk terma dan syarat.
Menurut wakil Piaggio UK, Mark Knight, tawaran TRACKER™ dibuat selepas mengambil kira peningkatan kes kecurian dan keganasan melibatkan motosikal di beberapa bandar Britain, termasuk peningkatan kos insurans.
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Audrey Hepburn dan Vespa - Amerika Bantu Popularkan Skuter Itali
"Piaggio Group memilih TRACKER™ kerana kejayaan teknologi unik yang digunakan dalam menjejak dan mencari kenderaan yang dicuri. Pemilihan pembekal ialah paling utama buat kami dan TRACKER™ menyediakan teknologi paling terkini di pasaran, bersama dengan sokongan terbaik daripada pemasangan hingga kepuasan pelanggan," katanya.
Leave a Reply