• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lagi Foto SUV Proton Bocor, Rekaan Belakang Tampak Lebih WOW!

Lagi Foto SUV Proton Bocor, Rekaan Belakang Tampak Lebih WOW!

August 2, 2018 By Abang GYL 2 Comments

FacebookTwitter

SUV Proton MalaysiaFOTO bakal SUV Proton terus tersebar luas apabila ia muncul sekali lagi di salah satu laman web permotoran di China,  Autohome.com. Berdasarkan rakaman foto berkenaan, kami percaya ia diambil di China dan bukannya di Malaysia.

Lebih istimewa, ini juga adalah foto pertama yang menunjukkan bahagian belakang SUV berkenaan. Dengan jelas kelihatan, tiada lagi logo Proton muncul pada bahagian belakang. Sebaliknya ia digantikan dengan perkataan PROTON. Jika anda perasan, rekaan sebegini turut digunapakai pada barisan model Volvo.

Bukan itu saja, rekaan hadapan SUV Proton juga kelihatan lebih jelas dengan menampilkan gril baharu berwarna gelap yang menjadikan ia tampak lebih garang. Begitu juga dengan logo yang sudah ditukar kepada Proton. Bagaimanapun, tiada paparan dalaman disebarkan dalam laman web berkenaan.

Semalam, kami ada menyiarkan beberapa foto bakal SUV Proton bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tular di laman Facebook Proton Boyue X7 Community (Malaysia).

BACA >>> Saya Sudah Pandu Uji, SUV Proton Ini Kereta yang Bagus dan Berkualiti Tinggi - Tun M

rekaan belakang suv protonENJIN TURBO

Dari segi mekanikal, SUV Proton itu juga sudah disahkan akan menampilkan enjin 1.8L TGDi. Dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, enjin turbo berkenaaan mampu menjana kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500 - 4,000rpm).

Bukan itu saja, model SUV Proton berkenaan juga dilengkapi fungsi mod ECO dan SPORT bagi pemanduan lebih menyeronokkan. Aspek keselamatan pula, SUV Proton itu nanti akan didatangkan dengan pelbagai teknologi terkini. Antaranya;

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Lencong (LDW)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Kawalan Suluh Tinggi Pintar (i-HBC)
  • Kamera 360º 3D
  • Penulen Udara Pintar (sama seperti Volvo)
  • Sambungan Internet 4G
  • Kawalan Jauh Telefon Pintar

gril SUV Proton MalaysiaBagi anda yang ingin memilikinya, unit terawal SUV Proton berkenaan akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China dan diikuti dengan versi pemasangan tempatan (CKD), tahun depan.

Berapa harga? Buat masa ini, kami tidak menerima sebarang info mengenai tanda harga akan ditetapkan bagi SUV Proton itu. Apa yang pasti, ia akan dijual pada harga mampu milik dan berbaloi dengan apa ditawarkan. Kami menjangkakan SUV itu bakal dilancarkan pada Oktober atau November depan.

Jika bertanya semula kepada anda, berapakah harga yang patut diletakkan oleh Proton untuk bakal SUV itu. Sebagai makluman, model ini akan bersaing dengan Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Nissan X-Trail.

BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton IniSUV Proton SUV Proton SUV Pertama Proton

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: enjin SUV Proton Malaysia, foto SUV Proton Malaysia, gril SUV Proton Malaysia, Harga SUV Proton Malaysia, rekaan belakang SUV Proton Malaysia, Suv Proton malaysia

Comments

  1. Man says

    August 3, 2018 at 11:56 AM

    Suprima s harga rm80k pu takda org beli

    Reply
  2. RASID BIN MAIL says

    August 28, 2018 at 8:57 PM

    Satu perkembangan automobil malaysia yang seiring dengan kehendak ramai dengan harapan harga yang berpatutan dan berpuas hati memilikinya. Terus kan dengan pengkongsian teknologi dengan pengeluar yang berjaya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev