SETIAP generasi Nissan GT-R ada keistimewaan tersendiri, tetapi model 1990-an ialah dekad yang merintis tradisi naik taraf edisi istimewa dan terhad, malah kekal bertahan hingga hari ini.
Lencana GT-R melakar sejarah 50 tahun yang cukup gemilang, daripada gelaran Hakosuka ketika awal kemunculan hingga kemunculan mesin R35 yang cukup buas dan membuka mata dunia. Walaupun GT-R sudah wujud sekitar 50 tahun, tetapi 1990-an ialah tahun permulaan untuk fasa komersial bermula.
BACA >>> Hot Wheels Tambah Dua Lagi Model Skyline - R30 dan R33 GT-R - Bakal di Pasaran
Pada permulaan dekad itu, versi R32 tiba sambil disusuli kejayaan demi kejayaan besar dalam beberapa siri perlumbaan dan gagal disaingi pesaing lain. Di sinilah bintang dunia permotoran dilahirkan. Apabila Nissan melancarkan model edisi khas, semestinya itu ialah kereta buatan Jepun paling istimewa dalam sejarah.
Di bawah ini kami senaraikan 7 model terbaik GT-R edisi khas tersebut:
1. R35 GT-R50
Kita mulakan dengan model paling terkini, iaitu GT-R sempena ulang tahun ke-50. GT-R ini sangat istimewa bukan hanya kerana 50 unit dikeluarkan, tetapi setiap satu unit direka berbeza. Rupa badan nampak seperti diambil daripada komik DC yang dikustomkan.
BACA >>> Nissan GT-R50 Sentuhan Italdesign yang Serba Memukau
Daripada naik taraf turbo spesifikasi GT3 hingga pilihan warna, kemasan gentian karbon rekaan sendiri, damper khas dan apa saja imaginasi pembeli boleh dizahirkan. Maka, GT-R50 ialah jawapan Nissan kepada permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk memiliki sebuah supercar ultra eksklusif. Harga? Cuma sediakan £800,000 (RM4.3 juta) atau lebih. Itu belum lagi ditambah opsyen dan ciri kustom.
2. R32 SKYLINE GT-R NISMO
Sekarang, mari kita kembali kepada Godzilla pertama, kereta yang bertanggungjawab menyingkirkan Ford Sierra Cosworth dalam perlumbaan kereta touring, Grup A Australia. Senang cakap, R32 benar-benar juara. Malah, perlumbaan jadi sangat membosankan hingga banyak pengeluar memutuskan menarik diri. Semuanya gara-gara raksasa Godzilla, R32 GT-R yang dinobatkan sebagai raja baru dengan kuasa memusnahkan sesiapa saja yang cuba menghalangnya.
Varian Nismo ialah homologasi edisi terhad istimewa yang diperkenalkan pada 1990. Cuma 500 unit dihasilkan dengan 60 unit lagi ialah versi lumba. Didatangkan dengan ambilan udara tambahan, manakala gril berjeriji dibuang untuk menambah baik aliran udara ke intercooler.
Ada spoiler lip bonet untuk membantu mengalirkan lebih banyak udara sejuk ke bahagian enjin, termasuk dan spoiler lip but yang berfungsi meningkatkan dayatujah (downforce) belakang.
3. R33 SKYLINE GT-R NISMO 400R
Pada tahun dikeluarkan, tiada model lain yang lebih cool melainkan model ini. Nissan pada 1996 memutuskan membina model jalanan edisi khas yang berasaskan jentera GT-R Le Mans, dan model terpilih itu ialah R33 Nismo 400R.
Hasilnya, model ini mampu menghamburkan kuasa 400hp daripada enjin 6 sebaris 2.8L RBX-GT2, bersama dua pengecas turbo besar. Ia juga model manual dengan kotak gear Getrag yang disalurkan lancar ke sistem pacuan semua roda (AWD). Nissan khabarnya cuma menjual 44 unit model ini di Jepun walaupun ada sumber lain mendakwa pengeluarannya ialah 99 unit.
4. R33 SKYLINE GT-R 40TH ANNIVERSARY AUTECH
Inilah GT-R yang betul-betul 4 pintu yang hari ini sudah pun diharamkan pengeluarannya. Cuma versi Autech (1998) sengaja dibuat begitu sempena meraikan ulang tahun Skyline (bukan GT-R) ke-40.
BACA >>> #Videotomotif: Audi RS 6 Avant 'Tapau' Nissan GT-R dalam Lumba Drag
Model khas Autech dijana enjin dan transmisi gear daripada R33 GT-R yang dipasangkan pada casis yang lebih panjang dan kecil. Namun, ia masih AWD dan mampu dipandu buas seperti sebuah GT-R. Cuma boleh berpura-pura sebagai kereta famili.
5. R35 GT-R 45TH ANNIVERSARY
R35 GT-R ini dibuat sempena ulang tahun ke-45, yang tiba 17 tahun selepas ulang tahun ke-40 menerusi Autech. Secara teknikal, GT-R pertama dilancarkan pada penghujung 1969, tetapi Nissan mungkin agak terlambat untuk merealisasikan potensi model edisi spesial Ulang Tahun ke-45 dan melancarkannya setahun kemudian.
Ia dibina berasaskan model hardcore R35 dan dijadikan supaya lebih mudah digunakan untuk rutin harian. Suspensi dilembutkan. Jadi, ia kurang agresif di bandar. Lain masih kekal sama kecuali ciri dalaman spesifikasi tinggi dan satu plak yang tertera nombor pengeluaran kereta itu. Hanya 100 unit dikeluarkan.
6. R34 SKYLINE GT-R NISMO Z-TUNE
Model ini boleh digelar sebagai bapa kepada semua GT-R edisi khas era Skyline. Inilah Nismo Z-Tune yang fenomena. Jentera ini dibina sempena meraikan 20 tahun Nismo dalam bidang talaan prestasi dan setiap satu daripada 20 unit dipasangkan menggunakan tangan.
Model ini belajar daripada R34 yang bersaing dalam kelas GT500 R34. Selain membesarkan kapasiti enjin kepada 2.8L, kereta ini juga dipasangkan dua pengecas turbo besar dan komponen karbon besar untuk mengimbangi penambahan berat. Berat Z-Tune ialah tidak lebih R34 GT-R standard. Bahagian terbaik? Lonjakan kuasa hingga 500hp.
BACA >>> Aksesori Nissan GT-R Paling Mahal Buat yang Banyak Duit, Harga Brek Cecah Lebih RM200k!
R34 GT-R dipecahkan antara 718 V-Spec II Nurs and 285 M-Spec Nurs. V-Spec II (V untuk Victory) dan Nur (untuk Nurburgring) cukup mengagumkan.
Namun, kebangkitan sebenar ialah M-Spec (untuk ketua jurutera kereta - Mizuno) Nur. Ia mengambil V-Spec II dan menambah damper 'Ripple Control' yang lebih sensitif kepada bonggol kecil dan melancarkan pengendalian tanpa mengabaikan kawalan badan. Supercar ini hanya ada dalam warna emas khas, dengan padanan aksen dalaman.
Walaupun kuasa rasmi ialah 276hp, tetapi model Nissan disiapkan untuk menampung lebih kuasa, hingga 330bhp. Hanya dengan sedikit penambahbaikan saja sudah boleh meningkatkan kuasa kepada 450hp. Mungkin Z-Tune ialah bapa, tetapi M-Spec Nur ialah jentera final!
SUMBER: CarThrottle
Leave a Reply