• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru WRX STI Type RA-R Edisi JDM Sempena Ulang Tahun STI - 324hp, 500 Unit

Subaru WRX STI Type RA-R Edisi JDM Sempena Ulang Tahun STI - 324hp, 500 Unit

July 30, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SEMPENA meraikan ulang tahun Subaru Tecnica International (STI) yang ke-30, pengeluar automotif dari Jepun itu melancarkan model ikonik baharu WRX STI yang lebih berkuasa dan ringan dan dalam edisi terhad, cuma 500 unit sahaja.

Berita buruk, WRX STI Type RA-R ini ialah model edisi terhad yang dikhaskan untuk pasaran Jepun sahaja dan ada kemungkinan tidak dijual sebanyak itu kerana tarikh akhir jualan ialah 17 Disember ini.

BACA >>> Subaru WRX dan WRX STI Series.Gray (2019) Edisi Terhad - Cuma 1,000 Unit Dikeluarkan

RA-R ialah model yang dibina berasaskan premis sama, S207 lama dan S208 Special. Model ini menumpukan kepada berat jentera yang dikurangkan sebanyak 30kg berbanding dua model lama itu. Malah lebih ringan 10kg jika dibandingkan WRX STI versi aras mula yang dikurangkan beberapa ciri.

Pastinya ada beberapa ciri yang turut dikeluarkan RA-R untuk mencapai angka ringan itu walaupun tidak didedahkan Subaru, termasuk jenis komponen yang menggunakan material lebih ringan.

Sama seperti tipikal jentera WRX, model edisi khas ini dijana sistem pacuan semua roda (AWD) yang dinaik taraf menerusi enjin boxer EJ20 2.0L dengan hamburan kuasa daripada 296hp hingga 324hp. Sistem penyejukan diubah dan dikuatkan untuk bekerja pada kecekapan maksimum, manakala sistem ekzos baharu mengurangkan tekanan belakang (back-pressure) dan melepaskan beberapa kuasa.

Brek Brembo 6 dan 2-piston memberi keyakinan membrek sambil dibantu cengkaman tayar Michelin Pilot Sport 4S dwi kompaun dan ciri Pemvektoran Tork Aktif (ATV).

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota 86 dan Subaru BRZ Tiada Pengecas Turbo?

Melihat luaran, tertera lencana RA-R dan STI 30th Anniversary pada pintu. Model standard didatangkan tanpa spoiler, manakala sayap dan aksesori lain ialah opsyen. Logo RA-R juga ada pada panel instrumen.

Ada 4 pilihan warna: WR Blue Pearl (biru), Crystal White Pearl (putih), Crystal Black Silica (hitam) dan Pure Red (merah). Harga termasuk cukai ialah ¥4,998,240 (RM182,884) seunit.

GALERI

SUMBER: CarThrottle

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edisi Terhad, JDM, pasaran domestik Jepun (JDM), Roda4, STI, Subaru, Subaru Tecnica International (STI), Subaru WRX STI Type RA-R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my