KEMALANGAN maut akibat melanggar lampu isyarat di Amerika Syarikat (AS) meningkat 17 peratus sejak 2012, menurut kajian Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuhraya (IIHS).
Seramai 811 orang maut pada 2016 berbanding 696 orang pada 2012. Lebih separuh mangsa yang maut itu pula terdiri daripada pejalan kaki, penunggang motosikal/basikal atau penumpang dalam kenderaan yang dirempuh suspek yang melanggar lampu merah.
BACA >>> #SembangDeras: Lelaki Ini Saksikan Sendiri Impak Kemalangan Akibat Main Handphone!
Bagi menyampaikan mesej pesanan khidmat masyarakat, IIHS dengan menggunakan fasiliti ujian perlanggaran cuba melakonkan semula situasi perlanggaran sebenar rempuhan di lampu isyarat membabitkan trak pikap Ford F-150 (2010) dan sedan Chrysler Sebring (2007).
MENINGKAT 30 PERATUS
IIHS berkata, kajian awal mendapati kematian akibat jenis kemalangan sebegini meningkat 30 peratus di bandar-bandar yang tidak menguatkuasakan sistem kamera perangkap lampu merah.
IIHS kini bersama Persatuan Automobil Amerika (AAA), Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC) dan Pihak Berkuasa bagi Lebuhraya dan Keselamatan Auto (AHAS) sememangnya komited dalam menggalakkan penggunaan teknologi yang menumpukan kepada aspek keselamatan jalan raya berbanding mementingkan hal menjana pendapatan pihak berkuasa termpatan semata-mata.
BACA >>> #Videotomotif: Inilah Sebab Kenapa Mesti Pakai Tali Keledar Belakang
Presiden IIHS, David Harkey berkata, garis panduan mengenai program kamera perangkap lampu merah sudah pun dibangunkan bagi membantu pengguna mengelak masalah yang boleh menjejaskan program tersebut pada masa lalu.
"Kami tahu menutup kamera menyebabkan lebih banyak perlanggaran, kecederaan dan kematian berlaku. Jadi, penting supaya program kamera diteruskan," katanya.
SUMBER: FoxNews
Leave a Reply