• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prestasi Penggal Pertama 2018, Honda Malaysia Jual Lebih 51k Unit Kereta

Prestasi Penggal Pertama 2018, Honda Malaysia Jual Lebih 51k Unit Kereta

July 24, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia yakin mencapai sasaran jualan 109,000 unit untuk 2018 berikutan prestasi jualan menggalakkan setakat separuh pertama tahun ini. Dalam tempoh Januari-Jun 2018, wakil pengeluar itu mencatatkan jumlah jualan 51,354 unit, sekali gus atas landasan tepat ke arah mencapai sasaran jualan sepanjang 2018.

Honda Malaysia menerima tempahan tertinggi dalam sejarah syarikat itu pada Jun lalu, iaitu 20,000 unit. Model City merekodkan jualan tertinggi, iaitu 36 peratus, disusuli CR-V dan Civic, masing-masing 14 peratus. Prestasi jualan cemerlang itu banyak disumbangkan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) selain promosi perayaan yang sedang berlangsung.

BACA >>> 10 Fakta Perlu Anda Tahu Mengenai Honda City Facelift

Honda Malaysia juga terpaksa melanjutkan tempoh menunggu hingga empat bulan bagi model tertentu berikutan sambutan menggalakkan di kalangan pembeli Malaysia.

Berdasarkan rekod jualan 30 Jun 2018, Honda Malaysia menyumbang 17.7 peratus dalam jumlah jualan kenderaan (TIV) dengan mengekalkan kedudukan syarikat itu pendahulu dalam segmen bukan nasional dan tempat kedua keseluruhan.

City kekal menjadi model terlaris dalam tempoh enam bulan lalu dengan jualan melebihi 15,400 unit bersamaan jumlah jualan 30 peratus, meningkat  7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Model seterusnya ialah HR-V (16 peratus) dan CR-V (13 peratus).

bateri hibrid Honda
pandu uji honda cr-v baharu

Related

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), GST, Honda, Honda Malaysia, Rekod Jualan Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev