• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda RC 213V-S Pertama Dijual di eBay - RM1.17 Juta dalam Kondisi Serba Baharu

Honda RC 213V-S Pertama Dijual di eBay - RM1.17 Juta dalam Kondisi Serba Baharu

July 23, 2018 By Aryon Leave a Comment

465
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JARANG sekali kita nampak Honda RC 213V-S dijual, tetapi itu bukanlah perkara pelik kerana motosikal super itu pun cuma ada kurang 130 unit seluruh dunia.

Terbaharu, tiba-tiba muncul pengguna di laman eBay, Craigs Honda yang mahu menjual model itu pada harga £219,995 (RM1.17 juta). Jentera MotoGP itu, yang dibikin supaya sah ditunggang atas jalan, bernombor 007 dan berstatus baharu serta belum didaftarkan.

RC 213V-S memegang reputasi sebagai motosikal MotoGP versi jalanan yang dibina berasaskan model asal V4 90º ultra-kompak berkuasa 159hp dan kali pertama didedahkan pada 2012.

BACA >>> Honda RC213V-S - Motosikal Lumba Versi Jalanan Paling Mahal di Dunia

Apabila dilancarkan pada 2015, ia berharga £137,000 (RM731,000), iaitu £80,000 (RM426,871) lebih murah berbanding harga penjual eBay itu. Bagaimanapun motosikal versi eBay itu ditawarkan bersama kit HRC Race, pengecas, penutup dalaman, tongkat belakang dan depan, dan dua kunci jenis masukan tanpa kunci. Namun, semua tawaran itu tidaklah semahal harga diletakkan.

Tetapi siapa pula mahu peduli kerana penggila model ini memang tiada pilihan lain. Peluang memiliki RC 213V-S sememangnya sesuatu yang jarang berlaku dan sangat sedikit pemilik yang mahu menjualnya.

Pembeli boleh buat janji temu jika mahu melihat lebih dekat, manakala penghantaran boleh diuruskan ke mana saja kawasan seluruh dunia. Mahu tahu lebih lanjut boleh klik pautan INI.

SUMBER: VisorDown

Related

465
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Craigs Honda, eBay, Honda, Honda RC 213V-S, Honda RCV 213V-S, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev