• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Grand Filano Hybrid Lancar di Thailand - 62k Baht (RM7.5k) Sahaja

Yamaha Grand Filano Hybrid Lancar di Thailand - 62k Baht (RM7.5k) Sahaja

July 20, 2018 By Azhan O Leave a Comment

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini Honda nampak semacam bersungguh benar mahu menjadi perintis pasaran motosikal hibrid. Tetapi kali ini, lawannya Yamaha juga tidak mahu ketinggalan.

Jika Honda memperkenalkan PCX Hybrid yang memasuki pasaran Indonesia awal tahun ini (Malaysia belum lagi), kini Yamaha turut tidak mahu kalah apabila mengumumkan kehadiran Grand Filano Hybrid di Thailand ,baru-baru ini.

BACA >>> Gibbs Biski - Skuter Amfibia Boleh Tukar Jadi Jetski Semudah Tekan Satu Butang

Grand Filano Hybrid ialah varian baru daripada Grand Filano di Thailand dengan perubahan signifikan menerusi enjin 125cc Blue Core EFI yang dipadukan motor elektrik Smart Motor Generator (SMG).

Grand Filano Hybrid ditawarkan dalam dua opsyen, iaitu ABS dan tanpa ABS. Di Thailand, skuter hibrid ini dijual pada harga ฿62,000 (RM7,531). Murah tak?

BERKUASA DAN JIMAT


Menurut Yamaha teknologi SMG digunakan bukan saja memberikan tenaga tetapi juga menjimatkan bahan api. Antara ciri ditampilkan ialah mula-henti, lampu penuh LED, dan soket pengecas 12V. Ruang storan bawah pelana berukuran 27 liter, manakala panel instrumen daripada jenis digital.

Umumnya, sosok skuter ini tidak banyak berbeza berbanding Grand Filano tradisional. Apa yang boleh dikatakan, pembabitan Yamaha itu pasti merancakkan lagi pasaran motosikal hibrid/EV dan tidak mustahil akan mencetuskan revolusi baharu dalam industri dua roda di Asia Tenggara.

BACA >>> Yamaha Indonesia Sambut Honda PCX dengan Lancar NMAX 'Facelift'

Tambahan lagi harga ditawarkan juga cukup kompetitif kerana tidak banyak berbeza dengan motosikal konvensional lain. Namun bagi pasaran Malaysia, mungkin Honda atau Yamaha perlu memperkenalkan kapcai versi hibrid terlebih dahulu untuk menguji pasaran.

Related

209
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: hibrid, Honda, Honda PCX Hybrid, Motosikal Hibrid, roda2, skuter, Skuter Hibrid, Smart Motor Generator (SMG), Yamaha, Yamaha Grand Filano Hybrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev