• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Gibbs Biski – Skuter Amfibia Boleh Tukar Jadi Jet Ski Semudah Tekan Satu Butang

Gibbs Biski - Skuter Amfibia Boleh Tukar Jadi Jet Ski Semudah Tekan Satu Butang

January 25, 2018 By Suffian X 1 Comment

288
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GIBBS adalah antara pengeluar motosikal yang mungkin tidak pernah kita dengar. Syarikat yang berpangkalan di Michigan, Amerika Syarikat (AS) ini gemar menggunakan falsafah reka cipta berkonsep cool dalam membangunkan sesuatu idea menjadi sebuah produk kreatif dan praktikal.

Terbaharu, syarikat itu memperkenalkan Biski, sebuah skuter yang mampu bertukar menjadi jetski dengan semudah menekan butang sahaja. Seronoklah brader riding ke Port Dickson bila skuter Biski masuk Malaysia nanti. Nak pergi memancing mana-mana pun senang. Kita boleh main redah saja!

Skuter Biski yang baru dikeluarkan itu dijana enjin 2-silinder berkuasa 55hp dan berupaya mencapai kelajuan sekitar 128kmj atas darat, manakala teknologi jet berkembar daripada enjin sama dapat meluncurkan kenderaan amfibia ini lebih kurang 60kmj atas air. Kelajuannya sudah sedap-sedap. Lagipun skuter macam ni bukan nak dibuat kejar penyeludup rokok John.

BACA >>> Fakta Ringkas Tentang Enjin Pembakaran Dalaman yang Perlu Anda Tahu

Biski dimegahkan dengan sistem brek hidraulik di depan dan belakang, manakala sistem suspensi belakang boleh disimpan-keluar sepenuhnya (fully-retractable). Sistem ekzos pula menggunakan sistem kuad (2 ekzos atas darat, dan 2 ekzos untuk fungsi atas air).

DIJANGKA TIDAK MAMPU MILIK

biski-onroad
biski-side-onroad
biski-front-onroad

Jentera dwi fungsi ini memuatkan tangki minyak 20 liter, dan aneka komponen tambahan yang lebih berat jika dibandingkan skuter normal versi atas darat. Bukan saja skuter normal, dengan berat 226kg, fizikal Biski itu jauh lebih berat daripada motosikal kuasa tinggi bersesaran 1000cc. Itupun sebab guna komponen gentian karbon seluruh badan.

BACA >>> Honda PCX Hybrid Masuk Malaysia

Kehadiran jentera amfibia ini rata-rata akan banyak digunakan pasukan polis dan tentera AS. Siapa tahu mungkin juga pasukan polis, bomba atau askar kita pun berminat. Tetapi untuk pasaran orang awam, segmen skuter sesumpah seperti Biski ini agak sukar diramalkan.

Boleh juga dikatakan hampir pasti susah dijual. Apatah lagi semua hampir 100 peratus yakin harga skuter ini kalau betul-betul dibawa masuk akan jauh daripada kategori mampu milik. Syukurlah Malaysia masih aman.

https://www.youtube.com/watch?v=xzx08w67Q88?rel=0&w=560&h=315

GALERI
biski-banner
biski-onwater
biski-onwater2
biski-onwater3
biski-onwater4
biski-onwater5

SUMBER: GIBBS

288
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: biski, gibbs, hibrid, hybrid, jet luncur, jetski, roda2, scooter, ski jet, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my