• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai i30 N Line - Untuk yang Mahukan Rupa Hot-Hatch, Tetapi Kuasa Biasa-Biasa

Hyundai i30 N Line - Untuk yang Mahukan Rupa Hot-Hatch, Tetapi Kuasa Biasa-Biasa

July 23, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


KALAU anda suka idea tentang hot-hatch i30 N, tetapi takut dengan harga insurans tinggi yang menakutkan, Hyundai ada penyelesaiannya. Inilah i30 N Line, yang sekali pandang memang nampak macam serupa.

Faktanya, jika ternampak salah satu hatchback itu, anda mungkin tersalah meneka itu ialah versi prestasi penuh jika tidak melihat lebih teliti. Bampar depan dan belakang kuat dengan elemen N, dan ada juga rim 18 inci baharu yang nampak segak dalam gerbang roda, jauh lebih baik daripada i30 biasa. Di belakang pula, terpampang paip ekzos kembar.

BACA >>> #PanduUji: Hyundai i30 Sport (2014)

Bahagian kabin ditawarkan opsyen naik taraf kepada kerusi jenis suede super-sporty jenama-N  dengan pendakap sisi badan yang besar. Roda stereng dibalut kemasan kulit bertebuk, dan tertera indah lambang N pada tombol gear.

BUKAN SEKADAR KOSMETIK

Ini bukan sekadar ubah suai estetik. Hyundai turut memperhalusi talaan suspensi dan respon enjin walaupun tidak didedahkan dengan tepat apakah dilakukan pengeluar itu. Mungkin spring keras digunakan. Brek cakera lebih besar digunakan, daripada saiz 15 inci kepada 16-inci. Kemasan terakhir ialah set tayar Michelin PS4 yang lebih mencengkam.

Tiada angka prestasi didedahkan, tetapi dijangka sama seperti enjin 4 sebaris i30 versi 1.4L biasa, berkuasa 138hp dengan pecutan 0-100kmj sekitar 9.2 saat. Nampak semacam tidak secocok pula dengan penampilan sporty dan agresif diberikan yang sekurang-kurangnya disuntik sedikit elemen kuasa.

BACA >>> #Videotomotif: Siapa Menang Lumba Drag? Hyundai i30 N Lawan Volkswagen Golf GTI

Tetapi bak kata orang ramai, lebih baik ada daripada tiada. Lagipun bagi kebanyakan pembeli, aspek kuasa tidaklah kritikal sangat. Dan kalaulah nanti muncul di Malaysia, rasanya tiada masalah untuk pembeli di sini meminati i30 versi N Line ini. Cuba ingat semula model facelift atau kit badan seperti Nismo (Nissan) dan TRD (Toyota).

Kesimpulannya, orang Malaysua memang cenderung sukakan rupa kereta yang menunjukkan kuasa walaupun enjin kereta mereka biasa-biasa saja. Sebelum terlupa, i30 N Line ini dijangka memasuki pasaran Britain lewat musim panas ini.

SUMBER: CarThrottle

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback, hot-hatch, hyundai, Hyundai i30 N Line, Hyundai i30N, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev