• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Gixxer SP Edition, Edisi Khas dengan Warna Hitam dan Emas

Suzuki Gixxer SP Edition, Edisi Khas dengan Warna Hitam dan Emas

July 11, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

FacebookTwitter


SUZUKI GSX-155 di India, juga dikenali sebagai Gixxer kali ini hadir dalam edisi khas 'SP Edition' dengan warna istimewa - hitam dan emas. Ada dua varian Gixxer SP Edition ditawarkan: 

  • Gixxer standard - Rs87,250 (RM5,106)
  • Gixxer SF - Rs1,00,630 (RM5,889).

Kedua-kedua varian dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard, tetapi Gixxer SF diberikan tambahan ciri FI (suntikan bahan api).

Didatangkan dalam warna menarik, hitam dan emas berserta strip fairing serba sporty, Gixxer dan Gixxer SP menerima pelana hitam dua tona dengan sulaman benang merah. Bingkai rim juga diberikan aksen merah dan selebihnya ialah bahagian badan dan perincian yang  sama seperti model edisi biasa.

BACA >>> Suzuki Gixxer dan Gixxer SF 2018 Lancar di India, Harga Mula RM4.8k Sahaja!

Bahagian mekanikal masih kekal sama, yakni enjin silinder tunggal 154.9cc penyejukan udara yang bernafas melalui karburetor. Padanan transmisi 5-kelajuan menghasilkan kuasa 14.59hp dan tork 14Nm. Gixxer dan Gixxer SF masing-masing didatangkan dengan frem keluli tubular yang digabungkan dengan suspensi fork teleskopik (depan) dan unit monoshock (belakang).

Rim 17-inci dibaluti tayar bersaiz 110/80 (depan) dan 140/60R (belakang) dengan kemampuan membrek diserahkan kepada brek cakera depan dan belakang.

Sejak pelancaran Gixxer di India pada 2014, jenama naked bike itu kini sinonim dengan aspek kualiti, gaya dan prestasi di kalangan penunggang di negara Asia Selatan itu yang jelas menggambarkan DNA sebenar Suzuki. Sayangnya, Suzuki di Malaysia sudah arwah.

SUMBER: Rushlane

GALERI

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: India, naked bike, roda2, sportbike, Suzuki, suzuki gixxer, Suzuki Gixxer SF SP Edition, Suzuki Gixxer SP Edition, Suzuki India

Comments

  1. lolsomany says

    July 16, 2018 at 12:55 AM

    mengingatkan kita kepada FXR 150. kalau taruk enjin FXR150 dalam moto ni mesti lagi best

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev