• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Gixxer dan Gixxer SF 2018 Lancar di India, Harga Mula RM4.8k Sahaja!

Suzuki Gixxer dan Gixxer SF 2018 Lancar di India, Harga Mula RM4.8k Sahaja!

March 7, 2018 By ZY 1 Comment

487
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GIXXER? Bukan GSX-R?

Tidak seperti Suzuki Malaysia, pengeluar motosikal terkenal Jepun itu masih aktif memperkenalkan model baharu di peringkat global, terutama streetbike dan sportbike bersesaran lebih rendah. Terkini, Suzuki India melancarkan model facelift Suzuki Gixxer dan Gixxer SF di pasaran negara Bollywood itu.

Hadir dengan skema warna baharu Candy Sonoma Red dan Metallic Sonic Silver, rekaan kedua-dua Gixxer mengambil ilham strip ECSTAR MotoGP dengan huruf GIXXER terpampang besar sepanjang sisi badan motosikal. Sebenarnya itu saja perubahan pada model facelift baharu ini. 😛

BACA >>> Siri GSX-150 dan Satria F150 Bantu Suzuki Indonesia Bangkit, Malaysia Masih Tidur

Mengulas mengenai pelancaran Gixxer (2018) facelift, Pengarah Jualan dan Pemasaran Suzuki-EVP, Sajeev Rajasekharan berkata, Gixxer adalah penjelmaan sempurna nilai sporty dan keremajaan jenama itu.

"Sebagai sebuah produk, Gixxer dan Gixxer SF direka untuk mereka yang mahu sentiasa mendahuui, dan menjadi penanda aras dalam segmen ini," katanya.

Sejauh mana kebenaran kata-kata itu, sukar pula untuk kami menilai kerana model Gixxer ini cuma terhad didapati di pasaran India. Negara lain seperti Filipina dan Indonesia pula perlahan-lahan menggantikan model Gixxer dengan GSX-R/GSX-S150 versi terkini.

ENJIN SOHC TIDAK RELEVAN?

Gixxer
Gixxer SF

Kenapa? Tidak seperti siri GSX, kedua-dua model Gixxer cuma dibekalkan enjin SOHC 155cc penyejukan udara dengan berkuasa 14.6hp sahaja, dengan tork 14Nm, jauh berbeza model GSX yang mampu meledakkan kuasa setinggi 18hp daripada enjin DOHC 150cc penyejukan cecair.

Selain itu, cuma model Gixxer SF (fairing) yang dilengkapi unit suntikan bahan api dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) tunggal, manakala Gixxer (naked) masih setia dengan karburetor dan brek cakera biasa. Mengambil kira cita rasa peminat motosikal negara Asean, yang lebih mementingkan prestasi, agak sukar model Gixxer ini bersaing dengan streetbike/sportbike lain di pasaran sedia ada.

Bagaimanapun, pada harga serendah ₹80,928 (RM4,857) - Gixxer dan ₹90,037 (RM5,400) - Gixxer SF, agak menarik dan mengujakan juga kerana harga semurah itu kalau di Malaysia cuma cukup untuk kita beli kapcai 110cc!

SUMBER: Auto.NDTV

Artikel Berkaitan

487
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, sportbike, streetbike, suzuki gixxer, Suzuki Gixxer (2018), Suzuki Gixxer SF (2018), Suzuki GSX R-150, Suzuki India

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
    Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
  • Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?
    Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my