• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus RX Serba Baharu Lebih Gah (2015)

Lexus RX Serba Baharu Lebih Gah (2015)

November 13, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Lexus-RX-Pandulajudotcom-04

LEXUS MALAYSIA memperkenalkan model Crossover terbaharunya, Lexus RX generasi ke-4 dengan penambahan ciri-ciri inovatif dan rekabentuk lebih elegan.

RX yang membawa maksud Radiant Crossover itu ditawarkan dalam enam varian berbeza.

HARGA: (Tidak termasuk insurans)

  • Lexus RX200t Premium - RM388,800
  • Lexus RX200t Luxury - RM408,400
  • Lexus RX200t F SPORT - RM422,990
  • Lexus RX350 Luxury - RM457,800
  • Lexus RX350 F SPORT - RM486,300
  • Lexus RX450h - RM520,200

Lexus-RX-Pandulajudotcom-038 PILIHAN WARNA MENARIK:

  1. Red MC.
  2. Sonic Titanium
  3. Graphite Black
  4. Deep Blue
  5. Platinum Silver Metallic
  6. Amber CS (Crystal Shine)
  7. Sonic Quartz
  8. White Nova GF

Lexus-RX-Pandulajudotcom-17PRESTASI:

Lexus RX ditawarkan dalam dua unit enjin berbeza. Bagi varian RX 220t, ia dikuasakan unit enjin bersesaran 2.0L turbocaj suntikan terus 4-silinder sebaris. Hasil bantuan kotak gear transmisi automatik 6-kalajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 235hp pada 4,800 hingga 5,600rpm dan tork puncak 350Nm (1,650 - 4,000rpm)

Manakala varian RX350 pula dilengkapi enjin 3.5L V6 suntikan terus dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 295hp pada 6,300rpm bersama tork puncak 370Nm (4,600 - 4,700rpm).

Berlainan pula bagi RX450h, tugas penghantaran kuasa diserahkan kepada unit enjin 3.5L V6 dengan sistem penjana hibrid.

Lexus-RX-Pandulajudotcom-07LUARAN:

Dengan menampilkan rekaan lebih menarik dan garang, sosok badan Lexus RX menerima sentuhan yang menunjukkan kematangannya berbanding pesaing lain.

Bagi varian F SPORT, rekaan hadapan adalah sama seperti adiknya, Lexus NX.

Lexus-RX-Pandulajudotcom-20    Lexus-RX-Pandulajudotcom-14

Lihat saja keseluruhan tubuh badannya sudah mampu membuatkan anda mengiur kegeraman. Jeriji spindle yang ikonik dan lampu depan berbentuk tiga L jenis LED mampu membuatkan sesiapa saja terpukau melihatnya. Keseluruhan rekabentuk melahirkan gambaran dinamik yang agresif tanpa mengenepikan kemewahan.

Lebih garang, kesemua varian dipadankan dengan rim aloi bersaiz 20 inci.

Lexus-RX450h-Pandulajudotcom-25DALAMAN:

Untuk rekod, Lexus RX serba baru ini adalah lebih luas berbanding generasi sebelumnya. Dengan pertambahan 50mm jarak antara roda, ia menyumbang kepada  keluasan kabin secara keseluruhannya.

Lexus-RX-Pandulajudotcom-24

Lexus-RX-Pandulajudotcom-21    Lexus-RX-Pandulajudotcom-01

Kerusi penumpang belakang boleh dilaras untuk memberikan keselesaan tempat duduk yang mampu menandingi model tertinggi sedan mewah keluarannya, Lexus LS.

Sekiranya mahu ruang lebih besar, tempat duduk belakang boleh diratakan dengan hanya menekan butang pada bahagian bonet belakang.

Lexus-RX-Pandulajudotcom-23KESELAMATAN:

Aspek keselamatan, Lexus RX serba baru ini didatangkan dengan Panoramic View Monitor (PVM), 10 beg udara SRS dan Blind Spot Monitor (BSM) serta Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Bagi anda yang mahu melihat lebih dekat lagi bolehlah kunjungi bilik pameran Lexus berdekatan. Jangan malu-malu, pandu uji sendiri untuk merasai kehebatannya.

Lexus-RX-Pandulajudotcom-03
Lexus RX Serba Baharu
Lexus-RX-Pandulajudotcom-20
Lexus-RX-Pandulajudotcom-19
Lexus-RX-Pandulajudotcom-18
Lexus-RX-Pandulajudotcom-17
Lexus-RX-Pandulajudotcom-16
Lexus-RX-Pandulajudotcom-15
Lexus-RX-Pandulajudotcom-14
Lexus-RX-Pandulajudotcom-13
Lexus-RX-Pandulajudotcom-12
Lexus-RX-Pandulajudotcom-11
Lexus-RX-Pandulajudotcom-10
Lexus-RX-Pandulajudotcom-09
Lexus-RX-Pandulajudotcom-08
Lexus-RX-Pandulajudotcom-07
Lexus-RX-Pandulajudotcom-06
Lexus-RX-Pandulajudotcom-05
Lexus-RX-Pandulajudotcom-04
Lexus-RX-Pandulajudotcom-22

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kereta, Lexus LS, Lexus Malaysia, Lexus NX, Lexus RX, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev