• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Matt Damon, Christian Bale Jadi Aktor dalam Filem Aksi Lumba Ikonik Sepanjang Zaman

Matt Damon, Christian Bale Jadi Aktor dalam Filem Aksi Lumba Ikonik Sepanjang Zaman

June 29, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

FacebookTwitter


KISAH tentang bagaimana Ford GT40 (akhirnya) mengalahkan Ferrari di Le Mans bakal muncul ke layar Hollywood! Laporan Variety mendakwa Matt Damon dan Christian Bale disebut-sebut sebagai antara aktor yang akan membintangi filem tersebut.

Filem itu dilaporkan menumpukan kepada usaha Carroll Shelby (individu penting di sebalik AC Cobra dan Shelby Mustang) dan pemandu uji, Ken Miles yang diberikan tugas membangunkan kereta lumba selepas John Wyer, yang menjadi pengurus pasukan lumba pilihan pertama Ford, gagal menghasilkan kereta juara.

Damon bakal memainkan peranan sebagai penternak ayam Texas, Shelby, dan Bale akan memegang watak Miles. Sementara itu, Jon Bernthal ('The Punisher', 'The Walking Dead') dikatakan memainkan watak Lee Iacocca, manakala Caitriona Balfe (Outlander) sebagai isteri Miles, Mollie.

BACA >>> Lara Croft Pandu Volvo XC40 dalam Filem Tomb Rider (2018)

Berita baik itu tidak terhenti setakat pelakon sahaja. James Mangold (Logan) akan mengarahkan filem tersebut sambil skrip diolah Jez dan John-Henry Butterworth yang terkenal sebagai duo penulis lakon layar dinamik dengan karya hebat seperti 'Edge of Tomorrow'. Jadi, filem itu dikatakan akan tampil cemerlang dan mengujakan.

Laporan Variety juga menyatakan filem itu diletakkan tarikh pada 28 Jun 2019 daripada Fox. Sebelum itu, sebagai memanaskan minda, kita tonton dulu dokumentari tentang era perlumbaan Ford dalam klip dokumentari 'This Time Tomorrow' di bawah:

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Caitriona Balfe, Carroll Shelby, Christian Bale, Ferrari, filem, filem Hollywood, Ford, Ford GT40, Hollywood, James Mangold, Jon Bernthal, Ken Miles, Le Mans, Matt Damon, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my