• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sistem CAT™ - Motosikal Moden Bakal Ada Teknologi Elak Perlanggaran

Sistem CAT™ - Motosikal Moden Bakal Ada Teknologi Elak Perlanggaran

June 26, 2018 By ZY Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEPADA mereka yang biasa menunggang dalam bandar, anda mungkin perasan cermin sisi model kereta tertentu menyala dan berkelip-kelip apabila anda menunggang berdekatan atau melintasi kenderaan itu.

Teknologi itu, dinamakan Sistem Bantuan Pemandu Termaju atau Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), kebiasaannya dibekalkan kepada kenderaan empat roda dan belum ada lagi teknologi seumpamanya untuk motosikal.

Tetapi situasi itu mungkin berubah tidak lama lagi.

BACA >>> Ford Paten Teknologi Kesan Penunggang Motosikal di Garisan Tengah Jalan

Syarikat start-up dari Israel, Ride Vision baru-baru ini mengumumkan rancangan membangunkan sistem ADAS, khas untuk motosikal selepas mendapat dana pelaburan awal daripada firma YL Ventures, juga dari Israel yang bernilai AS$2.5 juta (RM10 juta).

CAT™ - COLLISION AVERSION TECHNOLOGY

cat-rider-vision-5
cat-rider-vision-1
cat-rider-vision-3
cat-rider-vision-4
cat-rider-vision-2

Diberikan nama CAT™ - Collision Aversion Technology (Teknologi Elak Perlanggaran), sistem pintar ini menggunakan sensor berupa kamera yang diletakkan sekeliling motosikal dengan sudut pandang seluas 360° untuk mengesan dan menganggar risiko kemalangan sepantas 100 milisaat.

Menurut pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ride Vision, Uri Lavi menerusi kenyataan dalam laman web rasmi:

Cabaran utama ialah aspek teknologi. Dari segi teknikal sangat mencabar untuk menerapkan penyelesaian teknologi yang bakal menambah kos, ruang atau berat, atau perlukan beberapa titik penglihatan untuk motosikal yang sempit."

Jadi, fokus utama CAT™ ialah menerapkan teknologi pintar ini seringkas mungkin supaya tidak menimbulkan kesulitan kepada penunggang dan pada masa sama menjamin keselamatan tunggangan.

Mungkin ada penunggang tempatan yang tidak suka kerana teknologi ini berasal dari Israel, dan juga disokong firma pelaburan besar yang juga dari negara itu. Tetapi jangan lupa pula siapa di sebalik Facebook dan Waze. Kalau memang benar teknologi itu benar-benar membantu, apa salahnya ye tak?

BACA >>> GPS Motosikal: Waze vs Google Maps, Mana Satu Terbaik untuk Mat Motor?

Apa kata anda?

SUMBER: BusinessWire

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: 360 degree vision motorcycle, advanced driver assistance systems, autotainment, CAT™, collision aversion technology, Israel, ride vision, ride vision cat, roda2, teknologi, Teknologi Motosikal, yl ventures

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev