KEPADA peminat cafe racer moden, ini berita baik buat anda. Boon Siew Honda (BSH) bakal melancarkan dua model baharu di bawah Honda Big Wing dan berdasarkan risikan kami, model itu pernah dipamerkan pada Pameran Auto Malaysia (Malaysia Autoshow) 2018, baru-baru ini.
Berdasarkan petunjuk baharu itu, model tersebut ialah cafe racer CB1000R (2018), manakala satu model lagi belum diketahui. Menurut sumber, model berkenaan ialah jentera bawah 500cc dan setakat artikel ini disiarkan, spy kami masih belum menerima sebarang butiran lengkap.
Adakah CB250R atau siri 500? Sama-sama kita nantikan.
BACA >>> Honda Pratonton 3 Model 2018: X-ADV, Africa Twin dan CB1000R [Foto + Spesifikasi Asas]
Sebelum itu, mari kita lihat dulu maklumat ringkas CB1000R (2018) yang dijangka diperkenalkan esok.
1. Bahagian enjin 998cc DOHC 4-silinder ditala bagi mendapatkan 16 peratus tambahan kuasa puncak pada rev 10,000rpm dan 5 peratus tork pada julat pertengahan.
2. Walaupun layout enjin ialah sama seperti CBR1000RR Fireblade, tetapi enjin CB1000R dikemas kini bagi mendapatkan kuasa 107kW (143hp) pada 10,500rpm dan tork 104Nm (8,250rpm), berbanding model sedia ada, 92kW (123hp) pada 10,000rpm dan 99Nm (7,750rpm).
3. Saiz gerek dan lejang masih sama, cuma nisbah mampatan meningkat 0.4 kepada 11.6:1. Penambahbaikan menumpukan peningkatan pengaliran minyak keluar-masuk pada kepala silinder.
2. Pengurangan nisbah gear 4 peratus penting supaya ekstrak pecutan lebih cepat antara kelajuan 30-130kmj. Tidak ketinggalan klac bantuan/gelincir bagi operasi penukaran gear lebih lancar.
4. CB1000R (2018) lebih ringan 12kg, menyumbang 20 peratus penambahbaikan nisbah kuasa kepada berat (power-to-weight). Nisbah agihan berat depan 48.5 peratus dan belakang 51.5 peratus, manakala rekabentuk kecil menawarkan posisi tunggangan santai.
5. Dibangunkan berasaskan frem keluli mono backbone yang menggunakan plat pivot aluminium dengan mengurangkan berat jentera 2.5kg.
6. Jarak roda CB1000R lebih panjang 10mm dengan padanan posisi bar hendal lebih lebar 12mm dan tinggi (13mm). Bahagian pelana juga ditingkatkan menjadi 830mm (+5mm).
7. Ciri Throttle By Wire (TBW) membolehkan penunggang mengawal sepenuhnya kuasa enjin menerusi 3 mod tunggangan: RAIN, SPORT dan STANDARD bersama mod USER (dipilih menerusi butang sebelah kiri hendal). Terdapat tiga peringkat iaitu Kuasa Enjin (Engine Power - P), Brek Enjin (Engine Brake - EB) dan Kawalan Tork Pilihan Honda (Honda Selectable Torque Control - HSTC).
8. Mod RAIN: Tetapan P ditala rendah, EB (medium) dan HSTC (tinggi). Kuasa dan tork rendah difokuskan kepada tiga gear pertama. Mod SPORT menggunakan P (tinggi) dan EB (rendah) dan HSTC (rendah) bagi menghantar 100 peratus kuasa pada keseluruhan enam gear, tork maksimum pada semua posisi terotel dan penglibatan minor HSTC.
9. Mod USER membolehkan penunggang memilih tiga tetapan dalam setiap parameter dan disimpan untuk kegunaan akan datang.
10. Maklumat lain tersedia ialah indikator shift-up di bahagian atas kanan papan pemuka yang berkedip apabila rpm melebihi nilai tetapan atau memaparkan warna kuning-amber-merah jambu sebagai makluman kepada penunggang supaya menukar gear. Maklumat lain yang ada ialah indikator ECO, posisi gear dan mod tunggangan.
11. Enjin baharu itu dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api 17.2 km setiap liter, iaitu lebih baik berbanding sebelumnya.
HONDA 'CB1000R+'
Honda tidak ketinggalan menawarkan versi CB1000R+ yang disediakan dengan aksesori kilang termasuk hendal dengan ciri pemanas, panel fender depan aluminium, hugger atau madgad belakang aluminium, flyscreen dengan aluminium, kowl pelana tunggal dengan kemasan aluminium, gril radiator dan logo CB1000R serta Quick Shifter.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu 'Quick Shifter' untuk Motosikal?
Tidak ketinggalan aksesori premium untuk menyerlahkan gaya sport naked, termasuk visor meter dan kowl pelana metalik, panel fender depan, hugger dan gril radiator.
SPESIFIKASI
ENJIN: Penyejukan cecair, DOHC sebaris, 4-silinder
SESARAN: 998cc
GEREK x LEJANG: 75mm x 56.5mm
NISBAH MAMPATAN: 11.6:1
KUASA MAKSIMUM: 107kW @ 10,500rpm
TORK MAKSIMUM: 104Nm @ 8,250rpm
SAIZ TANGKI MINYAK: 16.2L
KECEKAPAN BAHAN API: 17.2km/litre
JENIS KLAC: Basah, klac multiplat
TRANSMISI: 6-kelajuan
DIMENSI PxLxT: 2120mm x 789mm x 1090mm
JARAK RODA: 1455mm
SUDUT CASTER: 25 degrees
TRAIL: 100mm
TINGGI PELANA: 830mm
JARAK KELEGAAN TANAH:135mm
BERAT: 212kg
SUSPENSI DEPAN: Fork USD SFF-BP Showa
SUSPENSI BELAKANG: Pressurised Seperation Type
SAIZ RODA DEPAN: 120/70 ZR17
SAIZ RODA BELAKANG: 190/55 ZR17
BREK DEPAN: Cakera berganda 310mm
BREK BELAKANG: Cakera tunggal 256mm
Leave a Reply