• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Proton Pada Mei 2018 Naik - Saga & Persona Terus Jadi Hero!

Jualan Proton Pada Mei 2018 Naik - Saga & Persona Terus Jadi Hero!

June 13, 2018 By Abang GYL 1 Comment

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

pandu uji proton persona 2016PROTON Saga dan Persona terus diiktiraf sebagai hero apabila mencatatkan jumlah jualan tertinggi sepanjang Mei 2018 yang menyaksikan kenaikan sebanyak 2.3 peratus iaitu 4,091 unit berbanding 3,999 pada bulan sebelumnya.

Kedua-dua model itu menguasai 70 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan pada Mei 2018. Peningkatan jualan sepanjang Mei adalah disebabkan pengumuman kerajaan yang menurunkan kadar GST kepada sifar selain promosi bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa berkata, pihaknya akan terus berusah memberikan tawaran terbaik kepada pelanggan.

Kata Rashid lagi, Proton sudah melaksanakan beberapa langkah dan usaha iaitu dengan menambahbaik pusat servis kepada 3S dan 4S bagi menyediakan perkhidmatan lepas jualan lebih baik selain memberi pengalaman lebih menyeronokkan buat semua pelanggan.

BACA >>> #PanduUji: Kenapa Anda Perlu Beli Proton Saga 2016? Inilah Jawapannya...

harga proton sagaHARGA SAGA BAWAH RM30,000

Dalam pada itu, model Saga dijual pada harga di bawah RM30,000 bersempena sifar GST dan bersama promosi Hari Raya sepanjang Jun 2018 yang juga pertama kali dalam tempoh 10 tahun Proton.

Ya, anda kini boleh memiliki Proton Saga pada harga serendah RM29,623.87. Bukan saja menikmati sifar GST, Proton turut memberikan ‘duit raya’ sebanyak RM3,500 bagi pembelian model Saga.

Bukan itu saja, Proton turut menawarkan ‘duit raya’ sebanyak RM4,000 bagi pembelian model Iriz dan Ertiga serta RM3,000 untuk Persona.

BACA >>> Biar Betul? Harga Proton Saga Sekarang Hanya RM29k?

Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Kunjungi cawangan Protonterdekat sekarang! Maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800 888 398 atau e-mel di [email protected]. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store secara percuma.

Related

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: GST, jualan mei 2018 proton, jualan proton naik, persona, promosi raya proton 2018, Proton Saga, raya proton 2018

Comments

  1. Amran says

    June 13, 2018 at 5:37 AM

    Mana pergi jualan preve exora & suprima s? Perdana? Xda berita? Masih pakai enjin honda accord lg?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev