• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perkhidmatan Basikal Elektrik Uber Bakal Tembus Eropah, Bermula di Jerman

Perkhidmatan Basikal Elektrik Uber Bakal Tembus Eropah, Bermula di Jerman

June 9, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Uber, Dara Khorowshahi pada Persidangan NOAH di Berlin menguarkan fokus syarikat itu dalam membangunkan teknologi hijau di Eropah menerusi pengenalan aplikasi perkongsian basikal elektrik - Uber Jump menjelang  penghujung musim panas ini.

Selain membantu mengatasi masalah kesesakan dalam bandar dan pencemaran udara, Uber Jump bakal menjadi watak utama dalam mengorak langkah ke arah kelestarian alam sekitar.

BACA >>> London Haramkan Uber, Pemandu 'Black Cab' Tarik Nafas Lega

Sekiranya operasi di Berlin berjaya, Uber Jump akan meluarkan perkhidmatan ke seluruh bandar-bandar Eropah. Kini, perkhidmatan itu sudah sedia ditawarkan di Washington DC, San Francisco, dan bandar-bandar dalam California dengan tambang serendah AS$2 (RM8) untuk jarak perjalanan sejauh 30 minit. Harga untuk pasaran Eropah belum lagi diumumkan.

uber-jump-jerman-14
uber-jump-jerman-15
uber-jump-jerman-13
uber-jump-jerman-14

"Ini berpotensi menggantikan trip Uber supaya kami boleh jadi lebih besar berbanding kereta.

"Apabila naik basikal dan mengayuh, anda rasa seperti Superman. Pendirian Uber sentiasa bersedia membantu menangani cabaran besar di bandar-bandar Jerman: mengatasi pencemaran udara, mengurangkan kesesakan dan meningkatkan akses untuk penyelesaian pengangkutan bersih," kata Khorowshahi.

UNDANG KRITIKAN

Walaupun langkah yang diambil patut dipuji, Uber tetap tidak terlepas daripada kritikan. Kebanyakan bandar Eropah sudah sedia ada beberapa perkhidmatan perkongsian basikal dalam usaha menangani permasalah pengangkutan dan alam sekitar.

Masalah yang berlaku ialah kebanyakan penunggang gemar meninggalkan basikal disewa mereka di mana-mana sahaja atau mengabaikan ia di kawasan parkir. Ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa Uber Jump juga bukan penyelesaian yang efisien. Sebaliknya cuma menambah masalah sedia ada.


Di beberapa negara Eropah, reputasi Uber tidak seindah dijangka walaupun selalu mendakwa berniat baik. Di London, Uber berisiko kehilangan lesen perkhidmatan berikutan pihak berkuasa pengangkutan di negara menyatakan syarikat itu tidak sah dan sesuai untuk diberikan permit teksi. Protes anti-Uber juga masih berlakukan seluruh Eropah, termasuk di luar persidangan NOAH itu sendiri.

BACA >>> Socar Tambah Volkswagen Polo 1.6 Hatchback untuk Model Kereta Sewa Pandu Sendiri

Bagaimanapu, perkhidmatan Uber ketika ini masih tidak tergugat. Selepas kehadiran Uber Jump, suddivisyen Uber Green pula akan muncul yang baka menawarkan perkhidmatan kereta elektrik (EV).

GALERI

SUMBER: AutoEvolution

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, basikal, basikal elektrik, Basikal EV, Dara Khorowshahi, Jerman, roda2, Uber, Uber Jump

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev