• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Aygo Facelift (2019) Tampil Perubahan Minimalis

Toyota Aygo Facelift (2019) Tampil Perubahan Minimalis

June 13, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


WALAUPUN tiada perubahan ketara, Toyota Aygo (2019) versi dipertingkat (facelift) spesifikasi Britain menampilkan rupa luaran yang dikemas kini dengan unit pencahayaan diubah suai, palet warna dirombak semula dan rim baharu. Ini termasuk kluster instrumen diperbaharui, bersama upholsteri baharu seperti tipikal model facelift lain.

Menariknya, segala perubahan boleh dimiliki pada harga atas jalan £9,695 (RM51,682) di Britain, bagi model asas 3-pintu cuma lebih mahal £435 (RM2,318), manakala model asas 5-pintu £300 (RM1,599) lebih mahal.

VARIAN SIRI 'X' YANG PELBAGAI

toyota-aygo-facelift-2019-1
toyota-aygo-facelift-2019-2
toyota-aygo-facelift-2019-3

Namun, varian  siri 'x', misalnya 'x-play' bermula pada harga £11,375 ($60,638) dengan ciri penyaman udara, roda stereng multifungsi, kerusi pemandu boleh laras ketinggian, pengehad halaju, sistem multimedia x-touch dengan DAB dan Bluetooth dan lampu belakang LED sebagai ciri standard, manakala navigasi satelit (sat-nav) dan Toyota Safety Sense pula sebagai opsyen tambahan.

Varian ‘x-plore’ memiliki rim aloi 15-inci dan tambahan lampu kabus depan, lampu utama automatik, tingkap belakang privasi, kamera undur, penyaman udara automatik, dan sat-nav. Pilihan ditawarkan ialah Toyota Safety Sense dan bumbung kanvas jenis retrak dengan harga £12,630 (RM67,328).

BACA >>> Toyota Aygo (2018) Versi Facelift Bakal Debut Muncul di Geneva

Pada harga kurang £345 (RM1,839), pengguna di Britain juga boleh memilih varian 'x-cite' dengan warna luaran dua tona Magenta Fizz, rim aloi hitam 15-inci dan ruang kabin dipadankan dengan kerusi fabrik Manhattan, sulaman magenta, dan ventilator penyaman udara, termasuk tombol gear dengan warna badan kereta, manakala panel instrumen dan batang gear diberikan kemasan hitam Piano Black.

Varian X paling premium ialah 'x-clusiv', tetapi harga belum diumumkan. Menurut Toyota, varian itu akan didatangkan dengan skema warna dua tona dengan tiga pilihan kontras berbeza dan rim aloi 15-inci bersama rekaan jejari kembar (twin-spoke).

Ruang kabin menampilkan upholsteri kulit, sistem multimedia x-touch dengan Apple CarPlay dan Andorid Auto, penyaman udara automatik, termasuk masukan tanpa kunci dan Toyota Safety Sense tanpa kos tambahan.

Akhir sekali ialah Aygo 'x-press' yang berharga £12,630 (RM67,328) dan akan dihadkan pengeluaran kepada 2,500 unit tahun ini. Melihat rupa luaran, varian ini menampilkan dekal bumbung penuh dan akses warna untuk lip depan dan belakang, sil sisi, dan rim aloi hitam 15-inci.

Varian ini juga dipadangkan lampu kabus depan, lampu utama automatik, tingkap belakang privasi dan kamera undur. Penyaman udara diberikan sebagai ciri standard tanpa sebarang kos tambahan untuk Toyota Safety Sense.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Britain, Roda4, Toyota, Toyota Aygo, Toyota Aygo facelift (2019), Toyota Safety Sense, Toyota UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev