• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Saman RM300 Hingga RM2,000 Jika Tidak Tukar Beg Udara Takata dalam 14 Hari

Saman RM300 Hingga RM2,000 Jika Tidak Tukar Beg Udara Takata dalam 14 Hari

June 5, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

538
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi notis 14 hari kepada 358,233 pemilik kenderaan pelbagai jenama yang terlibat dalam kempen panggil balik untuk menukar beg udara Takata.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan saman RM300 atau RM2,000 akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang masih degil dan mengabaikan notis dikeluarkan JPJ.

BACA >>> Beg Udara Takata Meletup dalam Kemalangan 27 Mei - Honda Malaysia

Menurutnya, 358,233 unit kenderaan terlibat itu terdiri daripada jenama Honda, Toyota, BMW, Nissan, Mitsubishi, Subaru, Mazda dan Lexus.

"Semua pemilik kenderaan yang menerima notis JPJ perlu segera ke mana-mana pusat servis pengeluar kenderaan masing-masing untuk menukar beg udara.

"Pemilik yang mengabaikan notis pertama akan dikenakan kompaun RM300. Sekiranya pemilik kenderaan masih lagi berdegil dan tidak menjelaskan kompaun tersebut, tindakan mahkamah akan diambil.

"Kita bukan sesuka hati mahu menghukum, tetapi kami mahu memastikan mereka  menukar beg udara Takata dengan segera demi keselamatan diri kerana boleh menyebabkan kematian.

"Penukaran beg udara Takata ialah percuma dan prosesnya hanya ambil masa sekurang-kurangnya satu atau dua jam," kata Loke lagi.

BACA >>> Wajarkah Larang Pemilik Beg Udara Takata Terjejas Perbaharui Cukai Jalan?

NOTIS PERTAMA AKAN DIHANTAR MINGGU DEPAN


Tambah Loke, JPJ akan menghantar notis pertama seawal minggu depan dan tempoh 14 hari akan diberikan kepada pemilik kenderaan untuk menukar beg udara Takata.

Dalam pada itu, pemilik kenderaan yang masih ingkar juga tidak akan dibenarkan memperbaharui cukai jalan. Kementerian Pengangkutan juga sudah mengarahkan semua syarikat pengeluar kenderaan untuk terus melaksanakan kempen bersepadu bagi memberi kesedaran kepada pemilik kenderaan terlibat.

Setakat ini, sebanyak 262,296 atau 78.9 peratus daripada keseluruhan 332,458 kereta keluaran Honda sudah menukar beg udara Takata, dengan mencatatkan peratusan tertinggi berbanding jenama lain.

Jenama Nissan mencatatkan pematuhan 40.49 peratus daripada keseluruhan 177,803 kenderaan terlibat, Toyota (38.11 peratus daripada 177,803 unit), Mitsubishi (44.72 peratus daripada 36,155 unit), Mazda (15.64 peratus daripada 10,982 unit), BMW (3.98 peratus daripada 8,320 unit), Subaru (6.23 peratus daripada 305 unit) dan Lexus (59.41 peratus daripada 303 unit).

BACA >>> 7 Perkara Tentang Beg Udara Takata yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: Bernama

Related

538
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: beg udata takata, JPJ, model terlibat beg udara takata, Takata, tukar beg udara Takata

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my