• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru WRX dan WRX STI Series.Gray (2019) Edisi Terhad - Cuma 1,000 Unit Dikeluarkan

Subaru WRX dan WRX STI Series.Gray (2019) Edisi Terhad - Cuma 1,000 Unit Dikeluarkan

June 9, 2018 By admin.pandulaju 2 Comments

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUBARU pada penghujung Mei lalu mengumumkan harga untuk model WRX dan WRX STI (2019) bersama versi istimewa, WRX STI Series.Gray, tetapi pada masa itu kelibat model edisi terhad itu masih belum didedahkan.

Akhirnya, WRX STI Series.Gray melakukan debut sempena acara Subaru Technica International Boxerfest 2018 di Washington DC, Amerika Syarikat (AS). Pengeluaran pula dihadkan kepada 1,000 unit, iaitu 750 unit untuk WRX dan 250 unit, WRX STI dengan kedua-dua model dijadualkan tiba di bilik pameran Subaru seluruh AS menjelang musim luruh nanti.

BACA >>> Subaru WRX STI Versi 2019 Bakal Tampil Lebih Berkuasa

SUBARU WRX SERIES-GRAY (2019)

Menampilkan warna luaran unik, kelabu Cool Gray Khaki, WRX Series.Gray (2019) boleh didapati secara eksklusif dalam transmisi manual 6-kelajuan pada harga AS$33,480 (RM133,146). Model ini dibina berasaskan WRX Premium dan dilengkapi Pakej Prestasi dengan kerusi Recaro trim Ultrasuede, kerusi pemandu elektrik boleh laras 8-tetapan, dan pad brek JURID di depan. Bagaimanapun, bumbung bulan (moonroof) tidak diberikan.

Perincian lain termasuk lambang eksklusif Crystal Black Silica, cermin sisi boleh lipat, lampu utama LED responsif ikut belokan, lampu kabus LED, akses tanpa kunci dengan butang tekan mula, dan rim aloi 18-inci.

SUBARU WRX STI SERIES-GRAY (2019)

subaru-wrx-sti-series-gray-2019-04
subaru-wrx-sti-series-gray-2019-03
subaru-wrx-sti-series-gray-2019-01

Sama seperti versi WRX, WRX STI Series.Gray (2019) turut mendapat cat warna badan sama, Cool Gray Khaki, lambang eksklusif Crystal Black Silica, dan cermin sisi boleh lipat. Bagaimanapun, WRX versi prestasi tinggi itu dilengkapkan rim 19-inci dalam kemasan hitam.

Ini termasuk kaliper brek sport Brembo dengan aksen perak berserta logo STI hitam, manakala ruang kabin menonjolkan kemasan Ultrasuede bersama kulit Carbon Black, dan roda stereng Ultrasuede dengan sulaman benang merah.

WRX STI Series.Gray (2019) turut mendapat beberapa penaiktarafan dalam aspek pengendalian menerusi suspensi talaan sport Bilstein STI dengan absorber Bilstein untuk suspensi depan strut terbalik dan suspensi belakang wishbone berganda.

Ruang dalaman juga sama seperti versi WRX biasa, iaitu kerusi elektrik Recaro 8-tetapan, dan akses tanpa kunci dengan butang tekan-mula. Harga Subaru WRX STI Series.Gray (2019) bermula AS$40,580 (RM161,382).

SUMBER: AutoGuide

Related

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Subaru, Subaru WRX, Subaru WRX Series.Gray (2019), Subaru WRX STI Series.Gray (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev