• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Piaggio Perkenal Gita - Robot Beg yang Boleh Gerak Sendiri

Piaggio Perkenal Gita - Robot Beg yang Boleh Gerak Sendiri

June 4, 2018 By Admin PanduLaju 3 Comments

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEG ini khas buat anda yang suka mengembar dan berjalan ke sana sini tetapi tidak suka mengusung beg. Namanya, Gita dan inilah jawapan kepada masalah tersebut.

Ada banyak barang yang perlu kita bawa selain pakaian.  Antaranya, komputer riba, telefon pintar bersaiz komputer riba, dompet, fon kepala, kunci kereta/rumah, botol air  dan lain-lain. Tidak hairanlah beg tangan semakin besar dan fesyen lelaki hari ini turut menawarkan trend beg tangan lelaki dipanggil murse.

Tetapi berjalan sambil membawa beg sendiri sudah terlalu klise. Bagi pengeluar Vespa, Piaggio, trend beg masa depan ialah bebas beg. Katakan selamat datang kepada pembantu peribadi baharu anda, Gita iaitu robot beg autonomi yang akan bergerak mengikut dan membawa barang anda ke mana sahaja.

BACA >>> Robot yang Menunggang Mahu Cabar Rossi di Litar, Siapa Menang? Jom Undi Sekarang!

Divisyen di Amerika, Piaggio Fast Forward (PFF) merekacipta robot seperti Star Wars yang berfungsi meringankan pejalan kaki dengan kemampuan mengusung muatan seberat 19kg. Gita dilengkapi kompartment sebesar bekas wain dan dengan senang hati akan setia menemani anda anda ke sebarang destinasi dituju.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=140&v=oib0Qjm4t9M

Dilengkapi kamera, Gita akan mengikuti jejak langkah anda, termasuk mempelajari laluan sepanjang jalan. PFF juga mempromosikan ciri 'personaliti', menerusi lampu LED warna yang boleh berubah-ubah sekeliling roda beg.

Sekali pandang, robot itu kelihatan seperti tong yang dipasangkan roda dan bersedia berdepan sebarang cabaran rupa bumi. Ruang simpanan sentiasa dalam posisi menegak yang mana barangan disimpan tidak akan bergoyang sepanjang perjalanan. Robot pula diaktifkan menerusi satu sentuhan butang di bahagian atas - sayangnya tidak diwarnakan merah.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Audrey Hepburn dan Vespa - Amerika Bantu Popularkan Skuter Itali

Skema warna itu mengingatkan kepada produk terkenal Piaggio, iaitu vespa Eropah dengan palet warna retro desaturasi yang kusam. Harga belum diumumkan, tetapi ujian sedang giat dijalankan. Piaggio merancang melancarkan beberapa unit yang lebih lasak untuk mengikuti pemilik ke pejabat dan tapak pembinaan bermula 2019.

GALERI

SUMBER: RideApart

Related

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, beg, Beg Automatik, Beg Autonomi, Gita, Piaggio, Piaggio Fast Forward, roda2, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev