• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Wajarkah Larang Pemilik Beg Udara Takata Terjejas Perbaharui Cukai Jalan?

Wajarkah Larang Pemilik Beg Udara Takata Terjejas Perbaharui Cukai Jalan?

June 3, 2018 By Han Othman 2 Comments

FacebookTwitter


KERAJAAN semalam menurut laporan HarianMetro menerusi Kementerian Pengangkutan Jalan memutuskan menguatkuasakan larangan memperbaharui cukap jalan ke atas semua kenderaan yang terbabit dalam penukaran beg udara Takata, berkuat kuasa serta merta.

Perintah larangan itu membabitkan 71,315 kereta pelbagai jenama, termasuk Honda yang beberapa hari lalu mengesahkan insiden kemalangan pada 27 Mei lalu adalah berpunca daripada letupan beg udara hingga menyebabkan mangsa maut.

BACA >>> 7 Perkara Tentang Beg Udara Takata yang Perlu Anda Tahu

Mangsa, Pong Hou Tien, 23, meninggal dunia di tempat kejadian berhampiran Taman Len Sen selepas kereta yang dipandu terbabas dan melanggar tiang lampu. Mangsa, yang juga pelajar jurusan ekonomi tahun akhir di sebuah universiti swasta dilaporkan dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga di Damai Perdana, Cheras selepas menonton perlawanan bola di sebuah restoran mamak.

LANGKAH DRASTIK

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah drastik tersebut dibuat selepas mengambil kira statistik yang kini merekodkan lapan kes berpunca akibat masalah beg udara Honda sejak 2014. Jadi pemilik kenderaan yang terlibat diminta segera membuat janji temu dengan mana-mana pusat servis terdekat untuk menukar inflator beg udara yang rosak.

BACA >>> ISU BEG UDARA: Pemilik Honda Terlibat, Sila Tukar Segera!!!

Menurut Anthony, JPJ akan menyerahkan maklumat alamat semua pemilik kereta Honda, terutama 71,315 orang yang belum ke pusat servis untuk menukar beg udara. Ini kerana masih ada 21.5 peratus daripada 332,458 kereta Honda, keluaran 2003-2013 masih menggunakan beg udara jenis Takata lama yang berisiko maut.

WAJAR ATAU TIDAK?

Pendapat kami, kenapa tidak? Sepatutnya tindakan itu (larangan pembaharuan cukai jalan) sudah dilakukan seawal insiden pertama dahulu yang membabitkan beg udara Takata meletup. Lagipun, apa yang terjadi bukanlah kes terpencil kerana pengeluar seperti Honda sendiri sudah mengumumkan jumlah kenderaan bermasalah yang membabitkan ratusan ribu kenderaan! Bukan ratus, bukan ribu atau puluh ribu, tetapi ratusan ribu kenderaan!

Malah, isu beg udara Takata sudah menjadi isu antarabangsa dan bukan Malaysia sahaja berdepan masalah sama. Pengeluar beg udara itu, Takata Corporation juga sudah diisytiharkan bangkrap tahun lalu akibat skandal yang berlaku.

BACA >>> Penyelesaian Tidak Terkata, Akhirnya Takata Isytihar Muflis

Ya, sepatutnya pihak kementerian sudah lama bekerjasama dengan pengeluar seperti Honda untuk 'mengejar' pemilik kenderaan yang terlibat. Bayangkan masih ada lebih 20 peratus pemilik Honda yang belum menukar beg udara kereta mereka dan berisiko maut akibat kemalangan.

Ingat, beg udara yang rosak boleh meletup hanya dengan sedikit rempuhan kecil. Dan ada kes, beg udaranya meletup hanya kerana terlanggar bonggol jalan!

Kami juga berpendapat lebih 20 peratus yang masih gagal menukar beg udara kenderaan itu ialah pemilik kereta terpakai. Ini kerana ada kalangan mereka yang bukan pemilik asal Honda yang mungkin tidak tahu menahu tentang bahaya beg udara yang rosak. Apatah lagi kenderaan yang dibeli itu sudah berusia lebih 10 tahun dan bertukar tangan lebih daripada seorang pemilik.

Jadi keputusan diambil kementerian memang tepat dan dialu-alukan!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Sembang Deras Tagged With: Auto Terkini, beg udara, Beg udara takata, Honda, Roda4, sembang deras, Takata, Takata Corporation

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev