• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jorge Lorenzo dan Hafizh Syahrin Bakal Jadi Pelumba Petronas Yamaha MotoGP?

Jorge Lorenzo dan Hafizh Syahrin Bakal Jadi Pelumba Petronas Yamaha MotoGP?

May 31, 2018 By Han Othman 3 Comments

978
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DESAS desus mula menular mengenai kemungkinan penubuhan Petronas Yamaha MotoGP bagi musim 2019. Apa yang mengujakan tentang pasukan satelit Yamaha itu ialah kontrak yang akan diberikan kepada dua pelumba sensasi masa kini, Jorge Lorenzo dan Hafizh Syahrin.

Sebenarnya, khabar angin mengenai Malaysia bakal memiliki pasukan MotoGP sendiri sudah kecoh diperkatakan sejak beberapa minggu lalu susulan penarikan diri pasukan Tech 3 daripada Yamaha yang memutuskan mahu menyertai KTM untuk musim depan.

BACA >>> Sepang Tiada Rancangan Tubuh Pasukan MotoGP, Nasib Hafizh Masih Samar

Desas desus itu dikuatkan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Razlan Razali di GP Perancis beberapa minggu lalu. Bagaimanapun Razlan menafikan berita tersebut kerana menganggap pihaknya belum bersedia memiliki pasukan MotoGP sendiri.

MAHU KEKALKAN HAFIZH

Namun berdasarkan sumber dipercayai, SIC kini sedang berusaha mengekalkan Hafizh dalam pentas MotoGP bagi musim 2019 dan sedaya upaya cuba menjadikan Yamaha M1 sebagai jentera utama pelumba negara itu.

Jika Yamaha dan SIC bersetuju bersekutu, persoalan paling utama ialah siapakah pula penaja utama pasukan itu. Dan ura-ura ada menyebut penaja itu ialah Petronas. Dan jika benar, rasanya tiada masalah untuk membawa masuk Lorenzo sekiranya mengambil kira prestasi semasa pelumba Sepanyol itu yang agak bergelut dengan Ducati Team musim ini. Jadi, juara dunia 5 kali itu berpeluang bersatu semula dengan jentera Yamaha yang pernah melonjakkan namanya sebagai juara MotoGP 3 kali.

Jadi keputusan yang akan kita saksikan ialah:

  • Lorenzo dapat bersatu semula dengan Yamaha yang sesuai dengan gaya tunggangannya.
  • Hafizh aka Pescao55 kekal dalam saingan MotoGP 2019.
  • Ducati Team akan mencari pelumba baharu menggantikan Lorenzo.

Apapun, segalanya masih spekulasi? Apa kata anda tentang Petronas Yamaha MotoGP? Sesuaikan Lorenzo dan Hafizh mengharumkan nama pasukan dan mencipta sesuatu yang luar biasa?

Related

978
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hafizh Syahrin, Jorge Lorenzo, MotoGP, Pasukan Satelit, Pescao55, Petronas Yamaha MotoGP, Razlan Razali, roda2, sukan permotoran, Yamaha, Yamaha M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my