• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Harley-Davidson Bucherer Blue Edition yang Mahal Tak Ingat, Harga RM7.1 Juta!

Harley-Davidson Bucherer Blue Edition yang Mahal Tak Ingat, Harga RM7.1 Juta!

May 30, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

857
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIADA motosikal lain yang mampu menyerlahkan perasaan bebas dan berkuasa seperti Harley-Davidson. Namun model satu ini harganya lebih mahal hingga menjangkau AS$1.8 juta (RM7,168,500). Jauh lebih melampau berbanding nilai sebuah kereta mewah. Apakah yang membuatkan Harley-Davidson kustom ini sebegitu setinggi?

Pengeluar jam mewah, Bucherer dan bengkel kustom Harley-Davidson dari Switzerland, Bundnerbike bersetuju bekerjasama membangunkan Harley-Davidson Bucherer Blue Edition.

BACA >>> Honda RC213V-S - Motosikal Lumba Versi Jalanan Paling Mahal di Dunia

Dibina berasaskan model Softail Slim S , jentera Harley-Davidson itu dibangunkan secara buatan tangan di Maienfeld dengan menggunakan 360 berlian, skru bersalut emas, dua peti besi yang disatukan dengan tangki yang menjadi perumah kepada jam tangan Carl F Bucherer dan cincin daripada Bucherer Fine Jewellery.

2,500 JAM UNTUK DISIAPKAN

Harley-Davidson-Blue-Edition11
Harley-Davidson-Blue-Edition10
Harley-Davidson-Blue-Edition6

Kedua-dua pengeluar mengambil masa 2,500 jam atau sekitar tiga bulan untuk membangunkan motosikal tersebut yang mana sebahagian besar dihabiskan untuk melekatkan 360 berlian.

Frem lengkap motosikal dikimpal kemas dengan rim dikustom khas. Aci sesondol berputar pula dapat dilihat melalui tetingkap pada perumah aci sesondol seperti kawalan injap, manakala injap terotel disalut emas. Lampu LED tahan haba turut menyinari bahagian tersebut.

Harley-Davidson Bucherer Blue Edition ialah motosikal pertama dunia mempunyai motor yang menyala dari dalam. Pelbagai bahagian motosikal juga bersalut emas. Pelana lembu dijahit tangan di Switzerland. Perincian warna badan menggunakan teknik khas bagi menyerlahkan warna biru terang Harley-Davidson.

BACA >>> Harley-Davidson Lancar Dua Sportster Baharu - Forty-Eight Special dan Iron 1200

Langkah pertama, seluruh motosikal disalut warna perak sebelum enam lapisan warna disembur menggunakan kaedah salutan rahsia. Di bawah kubah kaca, yang diperbuat daripada perisai kaca, satu lagi barang kemas bernilai boleh didapati dalam peti keselamatan boleh ditarik, iaitu cincin batu tunggal Syurga enam cabang dengan berlian 5.40 karat dan di sebelah terletak jam tangan Carl F Bucherer.

Bagi memastikan getaran enjin tidak merosakkan pergerakan mekanikal, jam tangan Bucherer ditempatkan dalam kotak khas dengan pemegang diperbuat daripada gelang silikon.

VIDEO

GALERI

SUMBER: Bucherer.com

Related

857
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: bikin motor, Bucherer Fine Jewellery, Carl F Bucherer, Harley-Davidson, Harley-Davidson Blue Edition, Harley-Davidson Bucherer Blue Edition, Harley-Davidson Softail Slim S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev