BERDASARKAN laporan Astro Awani bertajuk Proton sudah tukar warna, kelihatan beberapa pusat pengedar kenderaan nasional itu sedang giat melakukan perubahan di kesemua bilik pameran Proton.
Warna korporat Proton yang sebelum ini menggunakan biru tua sebagai tema kini bakal berwajah baharu. Susulan dari laporan itu, nampak gayanya Proton bakal menggunakan biru muda bagi menggantikan warna identiti korporatnya sedia ada.
BACA >>> Trivia Geely - Gergasi Automotif China - yang Perlu Anda Tahu
SEIRING PERUBAHAN KERAJAAN ATAU?
Persoalannyta, apakah penggantian warna baharu ini mengikut tema warna pada logo Geely ataupun seiring dengan perubahan kerajaan yang turut menampilkan warna sama seperti dalam laporan itu?
Jika diperhatikan secara teliti, kami berpendapat ia lebih mengikuti logo Geely yang turut menggunakan warna biru muda sebagai tema korporat. Bagi kami, ia adalah tidak mustahi memandangkan gergasi automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) sudah memiliki 49.9 peratus saham Proton.
Bagaimanapun, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Proton berhubung perkara itu. Apa-apapun, kami berharap Proton akan terus maju ke hadapan. Dengan adanya wajah baharu ini, diharapkan Proton dapat memberikan perkhidmatan lebih baik buat semua pelanggannya.
Jika bertanya kepada kami, ya khidmat selepas jualan dan kualiti Proton kini sudah semakin baik semenjak Geely menjadi rakan strategik asing. Rasa tak sabra pula nak tunggu ‘bakal SUV pertama’ Proton diperkenalkan.
BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini
Kredit Foto: Sinar Harian
Leave a Reply