• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Bakal Berwajah Baharu?

Proton Bakal Berwajah Baharu?

May 26, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

432
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton Bakal Berwajah BaharuBERDASARKAN laporan Astro Awani bertajuk Proton sudah tukar warna, kelihatan beberapa pusat pengedar kenderaan nasional itu sedang giat melakukan perubahan di kesemua bilik pameran Proton.

Warna korporat Proton yang sebelum ini menggunakan biru tua sebagai tema kini bakal berwajah baharu. Susulan dari laporan itu, nampak gayanya Proton bakal menggunakan biru muda bagi menggantikan warna identiti korporatnya sedia ada.

BACA >>> Trivia Geely - Gergasi Automotif China - yang Perlu Anda Tahu

SEIRING PERUBAHAN KERAJAAN ATAU?

Persoalannyta, apakah penggantian warna baharu ini mengikut tema warna pada logo Geely ataupun seiring dengan perubahan kerajaan yang turut menampilkan warna sama seperti dalam laporan itu?

Jika diperhatikan secara teliti, kami berpendapat ia lebih mengikuti logo Geely yang turut menggunakan warna biru muda sebagai tema korporat. Bagi kami, ia adalah tidak mustahi memandangkan gergasi automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) sudah memiliki 49.9 peratus saham Proton.

Bagaimanapun, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Proton berhubung perkara itu. Apa-apapun, kami berharap Proton akan terus maju ke hadapan. Dengan adanya wajah baharu ini, diharapkan Proton dapat memberikan perkhidmatan lebih baik buat semua pelanggannya.

Jika bertanya kepada kami, ya khidmat selepas jualan dan kualiti Proton kini sudah semakin baik semenjak Geely menjadi rakan strategik asing. Rasa tak sabra pula nak tunggu ‘bakal SUV pertama’ Proton diperkenalkan.

BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

Kredit Foto: Sinar Harian

Related

432
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: astro awani, pengedar proton, Proton, Proton Bakal Berwajah Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev