PROTON mengadakan satu lagi majlis menandatangani perjanjian bersama pengedar. Kali ini seramai 12 pengedar sedia ada dan tiga pengedar baharu menyertai transformasi menaik taraf pusat servis kepada 3S (jualan, servis, alat ganti) dan 4S (jualan, servis, alat ganti, semburan cat).
Dalam masa kurang lima bulan, Proton sudah mencapai sasaran tahun ini dengan 72 peratus wakil pengedar menukar status cawangan masing-masing kepada 3S dan 4S. Jadi, Proton kini berjaya mencapai sasaran 109 cawangan 3S dan 4S pada akhir Oktober 2018, lebih awal daripada dijangka.
79 PERATUS SASARAN TERCAPAI
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Li Chunrong berkata, dalam masa kurang lima bulan, dari Januari hingga 18 Mei tahun ini, kami menukar 79 status cawangan jualan Proton, iaitu pencapaian kira-kira 72 peratus daripada jumlah sasaran tahun ini.
"Ini berita baik dan dengan naik taraf dilakukan, kami yakin berada atas landasan betul dalam menyediakan perkhidmatan kelas dunia dari segi pengalaman jualan dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan," katanya.
Dr Li turut berterima kasih kepada pelabur baharu yang sudi menjadi pengedar Proton. Pengeluar nasional itu kini sedang giat melakukan perancangan terbaik untuk masa depan Proton.
"Hanya satu sebab yang mendorong kepada perkara ini, iaitu jenama kami masih ada pengaruh kuat di pasaran dan kerana ini ramai pelabur tidak ragu-ragu untuk jadi pengedar. Terima kasih kerana kepercayaan diberikan," kata Dr Li lagi.
GALERI
Amran says
Tak guna naiktaraf 3s 4s 5s 6s 10s kalau masih jual enjin campro & transmisi cvt Punch..
Nazrim says
Dah berapa lama kecoh dgn naik taraf. Syarikat lain, dah memecut ke hadapan. KIA dah berapa model dah keluar. Proton? Habuk. Ketinggalan zaman..