• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Spesifikasi Tesla Model 3 AWD Performance Didedahkan, 0-100kmj Sepantas 3.5 Saat

Spesifikasi Tesla Model 3 AWD Performance Didedahkan, 0-100kmj Sepantas 3.5 Saat

May 24, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENURUT Elon Musk, prestasi Tesla Model 3 akan 'mengalahkan mana-mana jentera dalam kelas sama atas trek!'

Setakat ini, Model 3 hanya ada dalam sistem pacuan roda belakang (RWD), motor elektrik tunggal, dan bateri jarak jauh. Versi dual-motor, pacuan semua roda (AWD) juga dikhabarkan akan diperkenalkan, tetapi spesifikasi model itu masih tersimpan rapi.

Bagaimanapun di Twitter, Musk akhirnya mendedahkan butiran tentang Model 3 versi prestasi dan AWD. Dia juga mengesahkan tempahan untuk varian paling berkuasa itu kini dibuka sambil menggambarkan model itu sebagai 'fiil memandu adalah menakjubkan' (driving feel is amazing).

BACA >>> Ketahui 12 Perkara Tentang Tesla Model 3 - Kereta Elektrik (EV) Ini Bakal Jadi Fenomena

Tambahan kepada barisan Model 3 ialah trim Performance, terdiri daripada rim 20-inci, spoiler gentian karbon, kabin hitam dan putih dan tetapan dual-motor.  Jentera EV itu dijual pada harga AS$78,000 (RM310,869) berserta opsyen ciri tambahan, tetapi tidak termasuk AutoPilot yang memerlukan kos tambahan.

Musk berkata, anggaran kos adalah sama seperti BMW M3, tetapi lebih pantas 15 peratus, ada pengendalian lebih baik, dan akan 'mengalahkan apa saja dalam kelasnya atas trek'.

SEPANTAS 3.5 SAAT

Model 3 AWD Performance mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 250kmj. Menurut Musk lagi, jarak perjalanan ialah 498km untuk sekali cas penuh. Jika tidak mahu semua opsyen naik taraf ditawarkan, dan cuma berminat menambah motor kedua untuk AWD, kos diperlukan ialah ekstra AS$5,000 (RM19,887)

Dibandingkan pecutan 0-100kmj dalam 5.1-5.6 saat, dan kelajuan maksimum 209kmj dengan konfigurasi motor tunggal, versi dual-motor AWD mampu memecut 0-100kmj sepantas 4.5 saat dan kelajuan maksimum 225kmj. Menambah motor ekstra juga meningkatkan reliabiliti.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Kenderaan Elektrik (EV)?

Ini kerana satu motor akan dioptimumkan untuk kuasa, manakala satu lagi dioptimumkan untuk jarak. Pada masa sama, kereta itu masih boleh dipandu jika salah satu daripada motor tersebut rosak. Menurut konfigurator online, Model 3 akan berada di pasaran khas untuk pelanggan yang sudah membuat tempahan, dan proses penghantaran Model 3 AWD Performance ini akan bermula Julai ini.

Tesla Model 3
Tesla Model 3
Tesla Model 3

SUMBER: CarBuzz

Related

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Elon Musk, EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Roda4, Sedan, Tesla, Tesla Model 3, Tesla Model 3 AWD Performance

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my