• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Tidak Cadang Beli Semula Proton - Tun M

Kerajaan Tidak Cadang Beli Semula Proton - Tun M

May 23, 2018 By Abang GYL 2 Comments

744
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media menyatakan Kerajaan baharu tidak bercadang mahu membeli semula Proton Holding Berhad kerana masih lagi milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Menurut Dr Mahathir, Proton bukan lagi milik Kerajaan, sebaliknya Syed Mokhtar memegang saham majoriti di DRB-Hicom dan Proton. Sama ada Syed Mokhtar mahu beli semula daripada Geely atau tidak, itu terpulang. Jadi, pihak Kerajaan tidak berhajat membeli semula Proton.

BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

Geely Boyue MalaysiaINI PANDANGAN PERIBADI KAMI

Secara peribadi, kami berpendapat Proton masih lagi dikenali sebagai kenderaan nasional walaupun sebahagian sahamnya dimiliki rakan strategik asing, Geely.

Ini kerana DRB-Hicom masih memegang saham majoriti iaitu 50.1 peratus. Tambahan lagi, kami dapat melihat perkembangan positif Proton sama ada dari segi kualiti mahupun perkhidmatan ditawarkan sejak Geely menyertai Proton, tahun lalu.

Cuma kami berpandangan Geely masih lagi memerlukan masa untuk menjadikan Proton lebih berdaya saing dan dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan jenama nasional Malaysia itu.

Jadi, lebih baik kita berikan masa kepada Geely untuk menggerakkan Proton ke tahap lebih baik. Nanti untungnya, rakyat Malaysia juga kerana dapat memiliki kenderaan lebih berkualiti, berteknologi tinggi dan pada masa sama dijual pada harga mampu milik.

BACA >>> Proton Perdana Kereta Paling Bergaya Di Malaysia

Related

744
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: DRB-Hicom, Geely, kerajaan tak cadang beli proton, Proton, Proton Geely, proton milik drb, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev