• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Nissan Skyline BNR34 V-Spec II - Jentera Jalanan Terbaik

Nissan Skyline BNR34 V-Spec II - Jentera Jalanan Terbaik

October 27, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-01

SEBUT saja Nissan Skyline, anda pasti akan membayangkan deruman enjin dan sosok badannya yang terus menjadi kegilaan ramai sehingga ke hari ini.

Mengimbau kembali sejarah pembangunan Nissan Skyline, Shinichiro Sakurai yang juga ketua jurutera adalah antara watak penting dalam pembikinan model ini. Bermula Februari 1969, Nissan Skyline GT-R buat pertama kalinya diperkenalkan kepada umum seterusnya menjadi inspirasi di dalam dunia perlumbaan sukan bermotor dunia.

Kali ini kami bawakan Nissan Skyline versi BNR34 V-Spec II. Mahu menjadi antara jentera jalanan yang terbaik, empunya kereta cuba merencanakan formula modifikasi tersendiri.

Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-07PRESTASI:

Model yang dijana unit enjin bersesaran 2.6L dengan konfigurasi 6-silinder sebaris beserta sokongan sistem induksi pendesak turbo berkembar itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 300hp dengan tork puncak setinggi 370Nm.

Organ dalaman jentera ini telah dirombak dengan menempatkan enam unit piston kit berketahanan tinggi dari jenama HKS. Blok enjin beserta kepala silinder mesin ini dicantum dengan menyelitkan sekeping metal gasket dengan ketebalan 1.2mm dari HKS.

Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-08

Kepala silinder kemudian dirombak dengan menggantikan komponen asal kepada dua batang aci sesondol Tomei poncam berdurasi 260 darjah. Tidak cukup dengan itu, valve spring Tomei Type A bersama dua unit cam gear boleh laras dari turut ditempatkan.

Bagi melonjakkan kuasanya ke peringkat lebih tinggi, sistem pendesak asalnya diganti kepada lebih besar dengan menempatkan turbo Garret 2860-5 beserta sokongan  Greddy Blow Off Valve dan HKS Reinforced Actuator untuk pelepasan tekanan berlebihan.

Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-11

Untuk memastikan kuasa enjin dapat dimanfaatkan sepenuhnya, pemilik jentera ini telah melantik ECU model Power FC management keluaran Apexi bagi mengawal operasi keseluruhan fungsi enjin. Selain itu, satu unit alat elektronik HKS EVC 5 buatan HKS diberikan tugas mengawal takat boost daripada melangkaui had kemampuan enjin.

Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-03LUARAN:

Dari aspek penampilan, beberapa komponen kit badan terdiri daripada bonet hadapan dari material gentian karbon rekaan Top Secret, bumper hadapan Top Secret, side skirt Nismo dan cermin sisi ganador gentian carbon digayakan. Keseluruhan badan jentera ini telah dilayangkan dengan warna biru.

Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-06
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-05
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-04
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-0
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-10

Tidak cukup dengan itu, set rim juga mempengaruhi penampilannya. Pemiliknya telah memilih rim Rays Engineering TE37 berukuran 18 inci yang mengambil alih tempat rim asal. Menjenguk ke bahagian dalaman jentera ini, ianya tidak sarat dengan pelbagai aksesori. Ia hanya menempatkan unit elektronik Greddy Turbo Timer, Bee-R Rev Limiter dan juga meter cluster 320km/h dari jenama Nismo.

Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-12SPESIFIKASI

ENJIN: RB26DETT 2.6L Straight Six, DOHC Turbocharged
MODIFIKASI: HKS Forged Piston Step 2 Kit, HKS 1.2mm Metal Head Gasket, Tomei 260 IN/EX Poncams, Tomei Type A Valve Springs, Tomei Adjustable Cam Pulleys, Tomei Oil Pressure Restrictor Kit, Garret 2860-5 Turbo, Greddy Radiator, Greddy Blow Off Valve, Gates Timing Belt, HKS Reinforced Actuator, HKS Oil Cooler, HKS Front Pipe, JUN Oil Pump, JUN Sump Baffle, N1 Water Pump, Nismo Main Bearing, Bosch 044 Fuel Pump, Nismo 130kpa Radiator Cap, Nismo Engine Oil Cap, Nismo Thermostat, Splitfire Direct Ignition Coils, Siemans 750cc Injectors, Sard Fuel Regulator, Samco Sport Hoses, Tomei Turbo Outlets, ARC Oil Catch Tank, ARC Super Induction Box, ARC Intercooler, Fluidampr Crank Damper.
SUSPENSI : Ohlins DFV Adjustable Suspension, HPI Engine Damper, Nismo Transmission and Engine Mount
RODA : TE 37 18 Inci

Teks: W@zid              Foto: Kenny Yeoh@eosguy

Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-01
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-07
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-03
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-06
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-05
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-04
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-08
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-11
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-10
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-12
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-17
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-14
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-16
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-15
Nissan Skyline-Modifikasi-pandulajudotcom-13

 

Related

24
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: HKS, Kereta, Modifikasi, Nissan, Nissan GTR, Skyline GTR, Tuner

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev