• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Buatan China Lebih Bagus daripada Eropah?

Kereta Buatan China Lebih Bagus daripada Eropah?

May 14, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

470
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAMA dahulu, orang China tidak membina apa-apa kecuali kereta murah dan kurang berkualiti. Tetapi, kini segalanya berubah. Buktinya, Volvo baru-baru ini mengatakan kenderaan buatan negara Komunis itu sebenarnya lebih hebat dari segi kualiti berbanding model yang dihasilkan di Eropah.

Dalam interviu dengan portal GoAuto Australia, Naib Presiden Kanan Rekabentuk Volvo , Robin Page mengakui kebimbangan umum tentang keputusan pengeluar Sweden itu untuk menghasilkan banyak kenderaan di China.

"Apa yang kami dapati ialah kualiti kereta sebenarnya lebih baik di China berbanding Eropah. Semua orang bimbang tentang kualiti, tetapi sebaik saja mereka bermula, kualiti lebih tinggi berbanding Eropah," kata Page.

KURANG BERGANTUNG KEPADA AUTOMASI

Page berkata, kilang Geely di China menghasilkan kenderaan bermutu tinggi kerana kurang bergantung kepada automasi dan mempunyai toleran lebih ketat.

"Sejujurnya, jika bercakap tentang pembuatan (Eropah), mereka meletakkan begitu banyak automasi (robot) ke dalam sistem, anda tidak dapat penyelarasan manual. Mereka (di China) menggunakan lebih ramai pekerja, kurang automasi yang memberikan anda keupayaan untuk mengetatkan bahagian toleran, dan melakukan pelarasan lebih halus.

"Ia bukan perbezaan besar, tetapi jika anda buat skor-ke-skor dan purata, China cukup bagus dan kami tidak begitu bimbang," katanya.

BACA >>> Lynk & Co 02 di Pasaran Dunia Selepas 2019 - Crossover Premium Buat Si Muda Bergaya

Volvo mula mengeksport kenderaan yang dihasilkan di China ke seluruh dunia sejak 2014 bermula model S60 generasi terdahulu. Selain itu, pengeluar itu turut memindahkan pengeluaran barisan sedan premium, S90 dari Sweden ke China pada penghujung 2016. Kenderaan lain dari Geely, termasuk barian model elektrik (EV) Volvo dan Lynk & Co juga akan dibina dan dieksport dari China.

SUMBER: CarScoops

Related

470
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, China, Geely, Robin Page, Roda4, Volvo, Volvo China

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my