KENAPA Zero bukan 'Tesla' untuk motosikal dan kenapa media tidak seharusnya membandingkan kedua-dua segmen berbeza ini walaupun masing-masing dalam kategori kenderaan elektrik (EV).
Dengan peningkatan pengeluar baru motosikal dan skuter elektrik, dan sejumlah pengeluar OEM yang sudah lama menempah nama seperti Royal Enfield dan Harley Davidson dengan masing-masing turut memperkenalkan model elektrik, trenkuasa EV sudah jadi begitu terkenal dan semakin banyak menghiasi dada akhbar.
Bagaimanapun, industri kereta EV pula sudah jauh beberapa langkah ke depan berbanding segmen motosikal EV. Jadi, tidak hairanlah ada banyak perbandingan antara kedua-dua segmen tersebut. Namun, ada banyak perbezaan antara motosikal EV dan kereta EV.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?
Forbes dan The Verge baru-baru ini menerbitkan pelbagai artikel yang membandingkan Zero dan Tesla. Kedua-dua pengeluar itu dianggap berjaya, dan berpangkalan di Bay Area, California, Amerika Syarikat. Masing-masing sudah memajukan teknologi bateri, motor elektrik, dan teknologi pengecas, tetapi berhenti di takat itu sahaja.
Ada banyak perbezaan asas antara kereta dan motosikal selain apa diperlukan pembeli bagi sesebuah produk yang boleh dijadikan perbandingan. Antaranya seperti berikut:
1. Pemilik kereta amat mementingkan pemanduan A ke B. Bagaimana cara sesebuah kereta itu bergerak dari A ke B tidaklah begitu penting.
2. Bagi pemilik kereta, menukar enjin petrol kepada motor elektrik hanya memberi sedikit impak kepada pengalaman pemanduan. Malah, rata-rata pemandu amat gemarkan kereta EV yang bergerak lebih senyap.
3. Pemilik motosikal EV pula lebih mementingkan prestasi. Walaupun hanya sedikit tambahan tork, trenkuasa elektrik mampu mengubah pengalaman tunggangan jadi sangat menyeronokkan.
4. Penunggang motosikal sukakan perahan terotel, brek enjin, kuasa wheelie dan banyak aksi menyeronokkan lain yang boleh dibuat hanya dengan mengawal klac dan terotel.
BACA >>> Zero DS ZF14.4 - Streetbike Elektrik untuk Penunggang Novis, 262km Sekali Cas!
5. Menukar enjin pembakaran dalaman biasa kepada motor elektrik akan mengubah pengalaman menunggang, dan bukan hanya sekadar prestasi. Inilah dirasakan penunggang motosikal.
6. Disebabkan menunggang adalah sesuatu yang melibatkan fiil, tidak mudah bagi seseorang penunggang melupakan keasyikan mendengar deruman bunyi. Ya, ramai penunggang masih cintakan soundtrack enjin motosikal idaman mereka.
7. Penunggang motosikal pasti tidak dapat membayangkan situasi mereka perlu menyaksikan perlumbaan motosikal EV yang sunyi sepi. Memang kekok dan hambar.
8. Jangan lupa tentang nyawa yang mampu diselamatkan dek kebisingan ekzos sebuah motosikal berbanding potensi korban nyawa yang akan berlaku disebabkan operasi motosikal EV yang serba senyap.
9. Tesla dan Zero juga berbeza dari segi faktor alam sekitar. Kebanyakan pemandu kereta EV sangat menghargai aspek mesra alam sekitar. Bagi penunggang motosikal, itu bukan prioriti
10. Kereta EV secara tradisional mencatatkan jarak perjalanan lebih rendah berbanding motosikal walaupun mampu pergi lebih jauh. Sebaliknya, motor EV mencatatkan jarak perjalanan lebih jauh walaupun tempoh perjalanan mungkin agak terbatas.
11. Peningkatan syarat emisi ketat (seperti Euro5) memaksa pengeluar dua roda menghasilkan motosikal yang juga mesra alam sekitar.
12. Persamaan antara pengeluar kereta EV dan motosikal EV, kedua-duanya cuba menghasilkan produk yang mampu menawarkan jarak perjalanan lebih baik.
13. Dengan jenama seperti Honda dan BMW turut menceburi pasaran kenderaan EV dua roda dan empat roda, pelaburan dalam teknologi trenkuasa elektrik masa kini dilihat munasabah. Komitmen pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) mampu meraih pulangan selepas jualan.
14. Amnya, kereta lebih laku berbanding motosikal. Ini menyukarkan pengeluar motosikal mencipta metod yang lebih mesra kos kerana jualan motosikal EV nyata kurang berbanding kereta.
BACA >>> 5 Fakta Tentang Trak EV - Tesla Semi yang Perlu Anda Tahu
15. Namun, syarikat OEM E-Moto sudah menemui cara terbaik menjimatkan kos pembangunan dengan menjual IP kepada pihak ketiga seperti perjanjian dilakukan Harley-Davidson bersama Alta dan kontrak Zero bersama Campagna. Namun, industri motosikal EV masih jauh kekurangan sumber berbanding kereta.
16. Industri kereta EV dipacu permintaan berikutan isu kenaikan harga minyak dan kesan ke atas alam sekitar. Sebaliknya, sentimen sama tidak dikongsi pasaran motosikal.
17. Akhir sekali ialah faktor status. Kalau anda dilihat memandu Tesla Model X, ataupun Toyota Prius, anda dilihat cukup bergaya kerana memandu sebuah kereta EV Apatah lagi Tesla sememangnya menampilkan ciri-ciri status dan kekayaan.
18. Ini kerana kereta EV Tesla agak mahal dan kenderaan itu jelas hanya untuk mereka yang berstatus elit. Namun, keinginan mahu dilihat menunggang motosikal EV bukanlah keperluan di kalangan penunggang. Siapa peduli motosikal yang kita pandu itu sebuah EV?
19. Namun, jika benar-benar mahu membandingkan Tesla dengan pengeluar motosikal EV, pengeluar itu mungkin Energica, dan bukan Zero atau Alta.
SUMBER: RideApart
Leave a Reply