NISSAN Sylphy 'Zero Emission', yakni sedan elektrik (EV) baharu melakukan debut pada Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018, juga penampilan pertama model itu yang dihasilkan khas untuk pasaran China.
Dibina berasaskan platform sama digunakan Leaf generasi ke-2, Sylphy EV ini dilengkapi trenkuasa emisi sifar dan bateri litium-ion yang diletakkan di bawah kerusi. Jarak pemanduan mampu ditempuhi sedan ini ialah sejauh 338km.
Jarak tersebut ialah berdasarkan kitaran Pusat Pemeriksaan Kenderaan BerMotor Shanghai (SMVIC), jadi dalam situasi pemanduan sebenar, pemandu dijangka mampu memandu sejauh kira-kira 200km atau 124 minit. Sebagai perbandingan, Leaf mengikut rekod anggaran Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) mencatatkan jarak 378km (235 minit), yang boleh berkurangan kepada kira-kira 240km (150 minit) bergantung kondisi.
Seperti imej didedahkan awal bulan lalu, rupa depan Sylphy EV ini tampil mirip barisan hatchback Nissan lain. Sedan ini dilengkapi bampar bentuk sama, gril V-motion dan lampu utama, lambang 'Zero Emission' (Emisi Sifar) di penjuru bawah kanan pintu but, rim identik dan aksen biru yang menyerlahkan personaliti mesra alam.
Besar kemungkinan kemasan kabin juga menampilkan ciri dan rekaan sama dengan sistem infotainment identik di tengah papan pemuka. Nissan akan melancarkan Sylphy EV di China pada penghujung tahun ini yang akan menyertai versi lain yang dikuasakan enjin pembakaran dalaman.
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply