• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #IIMS2018: Suzuki NEX II Didedahkan di Indonesia, Rekabentuk Inspirasi Anak Muda

#IIMS2018: Suzuki NEX II Didedahkan di Indonesia, Rekabentuk Inspirasi Anak Muda

April 25, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PT Suzuki Indomobil Sales (SIS) mendedahkan Suzuki NEX II dengan tanda pagar #KerenCaraBaru sempena Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2018.

Skuter generasi kedua itu dibangunkan berasaskan keperluan generasi muda masa kini yang mahukan jentera roda dua yang ekspresif, praktikal dan ekonomi. Hasilnya, Suzuki memperbaharui penampilan menerusi konsep kompak, ramping dan menawan yang diterjemahkan dalam rekabentuk serba minimalis.

BACA >>> Skuter Kuasai 84 Peratus Pasaran Motosikal Indonesia, Kapcai Bakal Pupus?

DNA sporty Suzuki masih diterapkan pada rupa depan NEX II yang boleh dilihat pada bentuk lampu depan dan lapisan pelindung futuristik. Antara penambahbaikan dilakukan Suzuki ialah meluaskan ruang lantai kaki berbanding versi terdahulu supaya lebih selesa.

Malah, kapasiti ruang simpanan bahagian depan di kiri dan kanan juga ditambah yang membolehkan penunggang menyimpan barangan saiz kompak seperti botol air, dan banyak barangan lain.

ENJIN KEKAL SAMA

Bahagian mekanikal masih lagi mempertaruhkan enjin 115cc SEP (Suzuki Eco Performance). Berat badan ringan dengan dimensi kompak menyumbang kepada kecekapan bahan api. Menghidupkan skuter berkenaan juga lebih mudah dengan teknologi Suzuki Easy Start System.

NEX II ditawarkan dalam 5 varian menarik yang dibezakan mengikut ciri dan aksesori:

  • Sporty Runner: Menggambarkan ekspresi generasi muda sporty dan aktif. Dilengkapi lampu depan LED, USB, set strip grafik pada badan, visor meter, pelindung berlubang mufler dan pelekat rim. Pilihan warna: Brilliant White (putih), Stronger Red (merah) dan Titan Black (hitam).
  • Fancy Dynamic: Inspirasi dinamik dan kreativiti generasi muda bergaya. Dilengkapi lampu depan LED, garis lampu LED, USB, set strip grafik badan dinamik dan pelekat rim. Pilihan warna: Brilliant White (putih), Stronger Red (merah) dan Titan Black (hitam).
  • Elegant Premium: Mewakili karakter classy dengan padanan lampu depan LED, USB, gad papan lantai dan pelindung mufler. Warna penampilan berbeza yang lebih mewah: Mat Stellar Blue (biru) dan Solid Black (hitam).
  • Elegant: Pilihan lebih ekonomi dalam warna Mat Stellar Blue (biru) dan Solid Black (hitam).
  • Standard: Varian asas dalam warna Brilliant White (putih), Stronger Red (merah) dan Titan Black (hitam).

Buat masa ini, SIS masih belum mengumumkan harga semua varian itu sebelum dilancarkan secara rasmi bulan depan.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: IIMS, IIMS 2018, Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2018, PT Suzuki Indomobil Sales (SIS), roda2, skuter, Suzuki, Suzuki Assemblers Malaysia (SAM), Suzuki Nex, Suzuki Nex II

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan
    MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev