• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bawa Bertenang, Perodua Janji Teruskan Pengeluaran Alat Ganti Myvi Generasi Ke-2

Bawa Bertenang, Perodua Janji Teruskan Pengeluaran Alat Ganti Myvi Generasi Ke-2

April 18, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat pemilik Myvi generasi ke-2 kerana Perodua berjanji akan terus menawarkan alat ganti baharu untuk model subkompak hatchback itu menerusi pembukaan fasiliti pembuatan komponen di Proton City, Tanjung Malim, Perak.

Dikendalikan vendor Perodua, IQM Sdn Bhd, fasiliti baharu itu bakal mengeluarkan komponen badan termasuk bonet, pintu, fender, bumbung dan suku panel badan. Pelantikan pengeluar alat ganti Myvi selain kilang Perodua itu dibuat berikutan kapasiti kemudahan sedia ada agak padat.

Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Takashi Masanori berkata, IQM ialah vendor Perodua sejak 2002 dan juga pengeluar alat ganti model Viva yang dihentikan pada 2004.

"Demi kemudahan, keselamatan dan ketenangan minda pemilik, kami meneruskan komitmen mengeluarkan produk berkualiti tinggi dan mampu milik untuk kenderaan Perodua," katanya..

Sementara itu, bahagian enjin Myvi generasi ke-2 masih dikeluarkan Perodua Manufacturing Sdn Bhd (PMSB), Rawang, manakala bahagian lain dihasilkan beberapa vendor terpilih. Selain alat ganti tersebut, alat ganti asli untuk model Myvi generasi pertama, Kelisa dan Kancil juga masih dikeluarkan vendor Malaysia hingga kini.

Related

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: alat ganti kereta, Alat ganti Perodua, Auto Terkini, Myvi, Perodua, Perodua Manufacturing Sdn Bhd (PMSB), Perodua Myvi generasi ke-2, PMSB, Segmen B, subkompak hatchback, Takashi Masanori, vendor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev