• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bawa Bertenang, Perodua Janji Teruskan Pengeluaran Alat Ganti Myvi Generasi Ke-2

Bawa Bertenang, Perodua Janji Teruskan Pengeluaran Alat Ganti Myvi Generasi Ke-2

April 18, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA baik buat pemilik Myvi generasi ke-2 kerana Perodua berjanji akan terus menawarkan alat ganti baharu untuk model subkompak hatchback itu menerusi pembukaan fasiliti pembuatan komponen di Proton City, Tanjung Malim, Perak.

Dikendalikan vendor Perodua, IQM Sdn Bhd, fasiliti baharu itu bakal mengeluarkan komponen badan termasuk bonet, pintu, fender, bumbung dan suku panel badan. Pelantikan pengeluar alat ganti Myvi selain kilang Perodua itu dibuat berikutan kapasiti kemudahan sedia ada agak padat.

Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Takashi Masanori berkata, IQM ialah vendor Perodua sejak 2002 dan juga pengeluar alat ganti model Viva yang dihentikan pada 2004.

"Demi kemudahan, keselamatan dan ketenangan minda pemilik, kami meneruskan komitmen mengeluarkan produk berkualiti tinggi dan mampu milik untuk kenderaan Perodua," katanya..

Sementara itu, bahagian enjin Myvi generasi ke-2 masih dikeluarkan Perodua Manufacturing Sdn Bhd (PMSB), Rawang, manakala bahagian lain dihasilkan beberapa vendor terpilih. Selain alat ganti tersebut, alat ganti asli untuk model Myvi generasi pertama, Kelisa dan Kancil juga masih dikeluarkan vendor Malaysia hingga kini.

Artikel Berkaitan

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: alat ganti kereta, Alat ganti Perodua, Auto Terkini, Myvi, Perodua, Perodua Manufacturing Sdn Bhd (PMSB), Perodua Myvi generasi ke-2, PMSB, Segmen B, subkompak hatchback, Takashi Masanori, vendor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • India Tawar KTM 250 Adventure (2023)  dengan Varian Pelana Rendah, Harga RM13.7k
    India Tawar KTM 250 Adventure (2023) dengan Varian Pelana Rendah, Harga RM13.7k
  • Hyundai Mufasa (2023) Diperkenal di Shanghai, SUV Direka Khas untuk China
    Hyundai Mufasa (2023) Diperkenal di Shanghai, SUV Direka Khas untuk China
  • Kove 450RR Sedia Dihasilkan, Klon Ducati Panigale yang Mampu Saingi Kawasaki ZX-4RR
    Kove 450RR Sedia Dihasilkan, Klon Ducati Panigale yang Mampu Saingi Kawasaki ZX-4RR
  • TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!
    TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my