• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Sut Lumba Dainese D-Air dengan Pilihan Edisi Rossi

Sut Lumba Dainese D-Air dengan Pilihan Edisi Rossi

April 18, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

322
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN peraturan sut lumba dengan beg udara dalam kejuaraan MotoGP, Moto2 dan Moto3 baru saja diwajibkan, tetapi pengeluar barangan dan aksesori motosikal terkenal dunia, Dainese sudah lama membangunkan teknologi tersebut sejak lebih 17 tahun lalu.  Paling terbaharu, Dainese memperkenalkan sut D-Air yang turut digunakan pelumba legenda, Valentino Rossi.

Sut Mugello R D-Air diperbuat daripada material kulit kanggaru dan dibangunkan berasaskan teknologi sut lumba profesional dengan menggunakan data perlumbaan yang direkodkan daripada sistem pintar D-Air bagi memastikan prestasi dan keselamatan tahap tinggi.

Dainese D-Air
Dainese D-Air
Dainese D-Air
Dainese D-Air

Selain, sisipan elastik tri-paksi berfungsi melindungi bahagian belakang badan, termasuk lengan, kaki dan bahu. Sistem D-Air melindungi bahagian anggota badan seperti bahu, leher, tangan dan kaki ketika jatuh berguling atau ke sisi.

BACA >>> Helmet Beg Udara - Ciri Keselamatan Kenderaan Dua Roda Masa Depan?

Di Britain sut itu didatangkan dalam dua pilihan warna, iaitu putih/hitam/merah dan hitam/merah dengan saiz 34-50 pada harga £3,399.95 (RM18,333).

FULL METAL 6


Melengkapkan sut keselamatan penunggang di atas ialah sarung tangan kulit kambing Full Metal 6 yang turut menggunakan gentian karbon dan titanium dengan panel gentian aramid sebagai material kuat dan ringan, termasuk memberikan abiliti kuad dalam meningkatkan pergerakan jari dan belakang tangan.

Harga sarung tangan Full Metal 6 ialah £299.95 (RM1,661) dalam saiz XS-XXXL, manakala set gaya Rossi, Full Metal 6 Replica VR46 2017 berharga £369.95 (RM2,049). Jika sarung tangan sahaja, anda perlu melabur sekitar £300 -£360 (RM1,700-RM2,000).

R AXIAL PRO IN


Bahagian kaki jangan dilupakan. Dainese D-Air menawarkan but R Axial Pro In yang diperbuat daripada material ringan dengan keupayaan aerodinamik baik. Sistem D-Axial daripada gentian karbon dan gentian aramid berfungsi sebagai agen penyerap hentakan di sekitar tumit kaki bagi mengurangkan risiko terseliuh.

BACA >>> 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Jaket Beg Udara AIRSAV (Buatan Malaysia)

Jika anda peminat tegar kekanda Rossi, bolehlah memilih but R Axial Pro In Replica D1. Jika but sahaja, anda perlu melabur sekitar £360 (RM2,000) ke atas.


Jika betul hobi kami mahal, memang tiada masalah untuk melengkapkan sepersalinan sut lumba Dainese D-Air ini dengan jumlah pelaburan bernilai kira-kira £4,500 (RM25,000).

Lagi pun sut menunggang memang penting untuk keselamatan dan sebagai pengguna bijak, anda boleh juga lakukan  survei jenama lain yang turut menawarkan sut sama mengikut bajet poket sendiri.

 

Related

322
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: Dainese, Dainese D-air, Full Metal 6, Mugello R D-Air, R Axial Pro In, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev