• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru STI Rai Ulang Tahun ke-30 - Antara Divisyen Prestasi Paling Digeruni

Subaru STI Rai Ulang Tahun ke-30 - Antara Divisyen Prestasi Paling Digeruni

April 11, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BULAN ini ialah ulang tahun ke-30 Subaru Technica International dilancarkan, yang lebih dikenali ramai peminat permotoran sebagai STI.

Secara lebih tepat, STI dilancarkan pengasasnya, Ryuichiro Kuze pada 2 April 1988, yang masih kekal sebagai presiden divisyen prestasi dan permotoran Subaru sehingga sekarang. Kereta subjenama pertama dikeluarkan ialah Subaru Legacy RS RA dengan enjin boxer turbo berkuasa 220hp bersama ciri suspensi dan brek dipertingkat.

BACA >>> Toyota 86 dan Subaru BRZ Serba Baharu dalam Pembikinan?

Pada 1989, model Legacy dihasilkan STI memecahkan rekod Enduran Kelajuan Dunia FIA membabitkan jarak perjalanan sejauh 99,779km selama 20 hari di litar ujian Arizona dengan kelajuan purata 222kmj.

Subaru Legacy memecahkan rekod Enduran Kelajuan Dunia FIA pada 1989.

Bagaimanapun, perlumbaan pertama STI di Rali Safari pada 1990 hanya datang selepas setahun rekod enduran itu dicapai. Pasukan itu kemudian memasuki Kejuaraan Rali Dunia FIA (WRC) dengan menampilkan pelumba legenda Colin McCrae, yang turut mencatatkan kemenangan pertama buat jenama itu pada 1993 di Rali New Zealand, juga menerusi jentera Legacy.

BACA >>> Subaru Mungkin Gugurkan Gear Manual untuk Beri Ruang Teknologi Keselamatan

STI kemudian beralih kepada Impreza pada 1994 dan tanpa menoleh ke belakang lagi terus mencatatkan kemenangan dalam siri perlumbaan sepanjang tahun berikutnya, iaitu pada 1995, 1996, dan 1997. Hari ini, STI berbangga memiliki rekod kemenangan WRC sebanyak 47 kali dan merupakan sebuah jenama yang amat dikenali dan diraikan di dalam industri perlumbaan rally.

Subaru-30-Anniversary-STI-12
Subaru-30-Anniversary-STI-21

MASIH MENYENGAT

Sungguhpun STI tidak lagi berada dalam kedudukan teratas perlumbaan WRC, pengeluar itu masih gigih berlumba dan mempersiapkan barisan jentera lumba di Rali Amerika dan Kejuaraan Rallycross Global Red Bull (RBGR). Subaru turut menumpukan kepada perlumbaan di litar berturap, termasuk rancangan menyertai WRX STI Nürburgring Challenge 2018, iaitu perlumbaan enduran 24 jam pada Mei. STI turut membina jentera lumba pengejar masa , WRX STI Type RA NBR sejak tahun lalu dengan merekodkan masa 6:57.5s di litar Nurburgring.

Model konsep Subaru BRZ STI

Keunggulan yang pernah dikecapi STI secara tidak langsung mengaitkan Subaru sebagai jenama automotif berprestasi tinggi. Namun STI juga terkenal dengan prertasi kereta versi jalanan. Nama STI kali pertama kali muncul pada model kereta jalanan pada 1994 yang menjadi buah mulut di kalangan peminat permotoran. Baru-baru ini, divisyen itu turut menghasilkan model sport BRZ STI (2018) yang mampu mengatasi model WRX.

BACA >>> #PanduUji: Subaru XV (2018) Manfaatkan Sepenuhnya Ciri Off-Road

Sempena meraikan ulang tahun ke-30 Subaru STI, mari kita nikmati galeri kegemilangan pengeluar itu. Semestinya bagi mana-mana peminat sukan permotoran sejati akan sentiasa mengharapkan Subaru terus relevan dengan arus semasa.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kejuaraan Rali Dunia FIA (WRC), Roda4, STI, Subaru, Subaru Legacy, Subaru STI, Subaru Technica International (STI), WRC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev