• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sistem Autopilot Gagal Berfungsi, Pemandu Tesla Model X Maut Nahas Jalan Raya

Sistem Autopilot Gagal Berfungsi, Pemandu Tesla Model X Maut Nahas Jalan Raya

April 3, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

339
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI kes nahas kenderaan pandu sendiri, tetapi kali ini melibatkan kemalangan maut apabila pemandu Tesla Model X terlanggar pengadang lebuh raya di California, Amerika Syarikat (AS). Menurut Reuters, kemalangan itu turut melibatkan dua kereta lain, manakala mangsa maut dikenali sebagai Walter Wong, 38, yang juga jurutera Apple.

Tesla sendiri mengesahkan kemalangan tersebut berlaku ketika Wong mengaktifkan sistem pandu sendiri atau autopilot.

BACA >>> Lakaran Volkswagen I.D. Vizzion Concept, EV Autonomi yang Tiada Stereng, Pedal Kaki

Menurut catatan blog Tesla,  fungsi autopilot dihidupkan dengan kawalan jelajah adaptif (ACC) mengikut jarak minimum ditetapkan. Dalam beberapa saat sebelum kemalangan, beberapa amaran visual dan tangan dapat didengar yang memaklumkan pemandu supaya meletakkan tangan pada stereng.

TESLA_X_EKSIDEN_CALIFORNIA3
TESLA_X_EKSIDEN_CALIFORNIA1
TESLA_X_EKSIDEN_CALIFORNIA2
Tesla-Model-X-000-v-low-res
A Tesla Motors Inc. Software Update

Bberdasarkan rekod sebelum kemalangan berlaku, pemandu mempunyai masa 5 saat dan jarak 150 meter sebelum melanggar pengadang jalan. Namun, log kenderaan menunjukkan tiada tindakan diambil Wong. Ciri autopilot dikatakan gagal mengesan kehadiran pengadang konkrit tersebut.

MASIH TIDAK SEMPURNA

Tesla mengakui sistem autopilot masih tidak sempurna, tetapi menegaskan ia menjadikan pemanduan lebih selamat.

"Autopilot tidak dapat mengelak semua kemalangan, tetapi secara tidak langsung membuatkan dunia lebih selamat untuk penumpang kenderaan, pejalan kaki dan penunggang basikal."

BACA >>> Penunggang Motor Saman GM, Kes Mahkamah Pertama Libatkan Kereta Pandu Sendiri

Insiden tragis itu berlaku kurang dua minggu selepas Volvo XC90 dikendalikan Uber dalam mod autonomi atau pandu sendiri terlanggar penunggang basikal wanita di Arizona. Kejadian itu membuatkan Toyota dan Nvidia, menghentikan program ujian autonomi mereka.

Related

339
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autopilot, kemalangan, kereta pandu autonomi, kereta pandu sendiri, Tesla, Tesla Model X, Tesla X, Walter Wong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev