• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki dan Yoshimura Rai Ulang Tahun Kerjasama ke-40 dalam MotoAmerica

Suzuki dan Yoshimura Rai Ulang Tahun Kerjasama ke-40 dalam MotoAmerica

March 29, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

MUSIM 2018 bukan hanya menyaksikan pasukan Yoshimura Suzuki Factory Racing kembali mempertahankan Kejuaraan Superbike MotoAmerica, tetapi juga meraikan ulang tahun ke-40 bagi salaha satu kerjasama paling berjaya dalam sejarah sukan perlumbaan tersebut.

Pada 1978, Suzuki dan Yoshimura membentuk kerjasama rasmi dalam menubuhkan pasukan rasmi Yoshimura Suzuki Factory Racing untuk menyertai perlumbaan AMA Pro Road Racing dan terbukti  mendatangkan hasil. Sepanjang 40 tahun penubuhan, Yoshimura Suzuki Factory Racing menjadi antara pasukan paling berjaya dalam sejarah MotoAmerica.

Pasukan itu berjaya menggondol 14 kejuaraan MotoAmerica dengan jumlah kemenangan podium 189 kali. Keputusan tersebut membantu Suzuki mencatatkan rekod sepanjang zaman buat kejuaraan MotoAmerica  dan siri perlumbaan lain yang disertai pengeluar itu.

Sebagai tambahan bagi kejuaraan kelas premier Superbike itu, Yoshimura Suzuki Factory Racing juga memenangi pelbagai perlumbaan kelas sokongan.

LIVERY BAHARU

Sempena meraikan ulang tahun ke-40 Yoshimura dan Suzuki, pasukan itu bakal menampilkan seragam atau livery jentera serba baharu, termasuk beberapa siri upacara peringatan sepanjang kejuaraan MotoAmerica berlangsung.

Kejayaan Yoshimura Suzuki Factory Racing sebenarnya terlakar selepas persetujuan rasmi antara kedua-dua syarikat dimuktamadkan pada 1978. Pada tahun sebelumnya, Steve mcLaughlin mencatatkan kemenangan di Laguna Seca Raceway pada Kejuaraan Superbike AMA 1977 dengan menunggang jentera GS750. Kemenangan pertama itu menjadi pemangkin kepada usahasama tersebut yang secara rasmi dimeterai pada 1978.

Wes Cooley menjadi juara pertama Yoshimura Suzuki Factory Racing pada perlumbaan Kejuaraan Superbike AMA 1979 dan mengekalkan kemenangan itu setahun kemudian (1980). Cooley nyata menghargai peluang sepanjang beliau bersama pasukan, termasuk hubungan rapatnya dengan legenda tuner Jepun, Hideo 'Pops' Yoshimura, yang juga pengasas pasukan tersebut.

"Saya sentiasa mahu berikan yang terbaik ketika berlumba untuk Pops, kerana beliau juga berikan yang terbaik untuk saya dan pasukan. Imej ikonik yang sentiasa ada dalam minda saya ialah Pops sentiasa perhatikan kamera untuk mencari setiap inci kuasa yang dihamburkan jentera buatannya.

"Pops meletakkan nada yang bagus untuk syarikat dan bagus untuk menyaksikan sesiapa saja mengikuti jejak langkah dibawanya dalam tradisi kerja keras dan seni kerja tangan," katanya.

PERTAHAN KEJUARAAN

Jamie James, Mat Mladin, Ben Spies dan Toni Elias ialah antara pelumba yang mengikuti jejak langkah Cooley untuk muncul sebagai juara MotoAmerica ketika berlumba untuk pasukan Yoshimura Suzuki Factory Racing.

Yoshimura Suzuki Factory Racing bakal muncul dengan tetapan rekod baharu musim ini. Jentera Suzuki GSX-R1000 pasukan ini berjaya melakukan debut menakjubkan. Selain mendominasi saingan MotoAmerica 2017 dengan memenangi 13 daripada 20 pusingan perlumbaan, pasukan ini juga berada di kedudukan kedua keseluruhan perlumbaan bersama gandingan pelumba, Toni Elias dan Roger Hayden.

Pasukan Yoshimura Suzuki Factory Racing kini sedang bersiap sedia mempertahankan kejuaraan MotoAmerica dan meraikan ulang tahun yang ke-40. Musim baru akan bermula di Road Atlanta di Braselton, Georgia pada 13-15 April ini.

SUMBER: Motorcycle.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Hideo 'Pops' Yoshimura, lumba superbike, MotoAmerica, roda2, Roger Hayden, sukan permotoran, Toni Elias, Yoshimura Suzuki Factory Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my