• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu

#TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu

March 30, 2018 By admin.pandulaju 2 Comments

7.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KALI pertama mendengar sebutan fork USD, bunyinya semacam mata wang Dolar Amerika - USD. Namun faktanya, itu semua tiada kena mengena sama ada fork itu hanya boleh dibeli dengan duit dolar.

Sebenarnya, USD membawa maksud 'terbalik/inverted' atau istilah asal daripada bahasa Inggeris bermaksud 'upside down' @ USD. Jadi apakah fork terbalik ini? Kenapa teknologi kejuruteraan automotif menemukan komponen ini?

Fork USD mengubah orientasi asal stanchion atau topang dekat gandar, dan slider besar di atas yang diapit pada pendakap triple tree (komponen memegang batang fork).

BACA >>> Aprilia Bangunkan Teknologi Fork Anti-Junam

Komponen pendakap 'Triple Tree'
Komponen pendakap 'Triple Tree'
fork-usd-depan
fork-usd-graf

Fork konvensional (standard), juga digelar right-side up (mengadap atas) pula secara tipikal mempunyai slider besar dekat gandar, manakala tiub fork kecil (stanchions) diapit triple tree.

Atau dalam huraian mudah:

  • Fork USD - batang kecil di bawah
  • Fork standard - batang kecil di atas

Itulah perbezaan fungsi setiap komponen kecil yang melengkapkan sistem suspensi itu. Jika masih lagi keliru, boleh saja perhatikan gambar di bawah ini:

KENAPA FORK TERBALIK?

Fork USD dicipta kerana kajian kejuruteraan mendapati teknologi ini dua kali ganda lebih baik berbanding fork konvensional. Teori pertama, fork USD dapat merendahkan berat unsprung (berat komponen yang bersambung dengan roda) motosikal dan dapat memberikan pengendalian lebih baik.

Manfaat paling besar, fork USD dapat meningkatkan kekakuan (stiffness) komponen depan motosikal. Walaupun teori itu tidak disokong sepenuhnya, tetapi hujah bantahan terlalu kecil dan tidak mampu menyaingi manfaat diberikan.

Fork USD pada Kawasaki KLX 150.

Kekakuan atau stiffness - rintangan kepada defleksi - tiub bergantung kepada diameter komponen itu. Semakin besar diameter tiub, semakin tinggi tahap kekakuan. Bagi fork USD, slider besar, secara definisi, berada di atas, dan lebih besar daripada stanchion, jadi ia sepatutnya lebih kuat dan kaku (stiff).

Jika diperhatikan bahagian depan motosikal, ia berfungsi seperti tuil. Bahagian kepala pada frem (atau hampir selari dengan pendakap triple tree) bertindak sebagai fulkrum (titik sokongan). Jadi, daya paksaan defleksi atau lenturan (bending) yang lebih tinggi akan disalurkan kepada apa saja tiub paling hampir dengan fulkrum itu.

Disebabkan tiub berdiameter besar lebih kuat, kita secara tidak langsung faham bawah fork USD akan kurang deflek. Ini kerana bahagian fork paling kuat yang dipasang membolehkan fork USD menangani tekanan kuat akibat defleksi. Kekakuan suspensi memberikan fiil dan maklum balas yang lebih baik, termasuk gerak balas hebat kerana kurang geseran statik, iaitu stiction, antara seksyen atas dan bawah fork.

BACA >>> Kawasaki Patenkan Sistem Stereng Hab-Tengah, Tanpa Fork untuk Superbike

ADAKAH KITA MEMERLUKANNYA?

Fork konvensional sudah dicipta sejak beberapa dekad lalu dan masih mampu beroperasi baik dalam banyak kondisi pemanduan. Namun, penemuan kejuruteraan ialah fakta yang disokong hujah teknikal sah. Kebanyakan penunggang motosikal tidak mampu menunggang agresif atau cukup laju untuk menguji batasan fork konvensional.

Sama seperti teknologi lain yang ada pada motosikal, penggunaan fork USD lebih kepada tujuan homologasi, iaitu perundangan pihak berkuasa sesebuah negara atau badan sukan permotoran. Lagipun, bukankah motosikal lumba patut nampak berbeza dengan motosikal versi pengeluaran massa?

Fork konvensional sudah lama digunakan dalam banyak situasi tunggangan.
Fork USD menawarkan stiffness yang lebih baik

Jadi, sebab utama fork USD dipasang boleh saja dianggap sebagai usaha pengeluar mengikut trend jentera lumba bagi tujuan tarikan pemasaran. Malah, kita dapat lihat fork USD dipasang pada motosikal adventure-tourer berkuasa tinggi. Secara teknikal, bagi tunggangan off-road, fork USD memang terbukti mampu menyerap daya hentakan lebih baik berbanding fork konvensional.

Namun, di sebalik kebaikan pasti ada juga kelemahan. Fork USD agak sukar disenggara dan kebanyakannya tiada saliran buangan bendalir. Jadi, menukar bendalir fork USD bukan kerja mudah dan pastinya mengundang caj lebih tinggi di bengkel

BACA >>> #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar ke Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!

Selain itu, kebocoran yang berlaku pada fork USD adalah lebih serius berbanding fork biasa. Bagi fork konvensional, setiap kebocoran tidak segera mendatangkan bahaya. Tetapi, situasi sama berbeza dengan fork USD yang lebih cenderung mengepam minyak keluar disebabkan daya graviti dan fungsi setiap komponen dalaman. Kebocoran minyak juga begitu hampir dengan kedudukan pad brek dan tayar depan. Bayangkan bahaya yang menanti!

Fork USD mungkin lebih berguna dalam situasi ekstrem. Tetapi secara realiti, mampukah kita mengesan dan mengesahkan manfaat komponen suspensi itu? Ya, memang sukar, tetapi setidak-tidaknya mampu memberi keyakinan ketika mengambil selekoh atau sedang memecut.

Tanpa disedari, penggunaan fork USD hari ini sudah cukup sinonim dan sebati dengan aksi motosikal yang mampu ditunggang laju tanpa sebarang masalah. Maknanya, kalau motor laju, mesti ada fork USD!

SUMBER: Revzilla

Related

7.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, fork terbalik (USD), motosikal, roda2, tahukah anda, upside down (USD) fork, USD, usd fork

Comments

  1. Aeip says

    July 26, 2018 at 12:34 AM

    Motor aq demak sprinter125 x laju tp pakai USD fork jer. Boleh bg tips nak bqgi lowered? Hehe

    Reply
  2. Zaim says

    March 19, 2024 at 11:50 PM

    Kerosakan fork

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev