• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Pro dan Kontra: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Mitsubishi Eclipse Cross (2018)?

Pro dan Kontra: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Mitsubishi Eclipse Cross (2018)?

April 3, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

641
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI sebelum ini dilihat sedang bergelut di Amerika Utara , tetapi model Eclipse Cross terbaharu seakan mampu memulihkan reputasi pengeluar automotif dari Jepun itu.

Apabila diumumkan, Eclipse Cross pantas mencetuskan kekecohan di Internet berikutan penggunaan nama ikonik daripada sejarah lama Mitsubishi. Namun, sesiapa pun tidak menyangka nama itu mampu mengekalkan legasi Eclipse asal.

MITSUBISHI ECLIPSE (2010)

Nama Eclipse bermula sebagai kereta sport dan agak pelik apabila segmen crossover pula yang dipilih untuk mewarisi sejarah gemilang kereta prestasi tinggi itu. Namun, Eclipse Cross sudah pun berada di pasaran dan sama seperti model lain memiliki beberapa kebaikan, dan juga tidak terlepas daripada kelemahan.

Adakah ada kereta sempurna di dunia ini?

BACA >>> #Spyshot: Mitsubishi Pajero Sport Dikesan di Puspakom, Bakal Masuk Malaysia?


Berikut perbezaan pro dan kontra tentang Mitsubishi Eclipse Cross (2018) mengikut sesi pandu uji dilakukan media permotoran Amerika Syarikat (AS), AutoGuide:

2018-Mitsubishi-Eclipse-Cross-1
2018-Mitsubishi-Eclipse-Cross-3
2018-Mitsubishi-Eclipse-Cross-20

GAYA MEMIKAT PERHATIAN: Eclipse Cross (2018) mempunyai banyak elemen rekabentuk unik. Paling menonjol ialah rupa belakang dengan penampilan cermin belakang dua lapis (seperti model Honda Insight generasi pertama) dengan lampu belakang LED yang melintang sepanjang but. Penampilan tersendiri itu sentiasa mampu menarik perhatian sesiapa saja.

BACA >>> #LAAS2017: Harga Mitsubishi Eclipse Cross (2018) Diumumkan, RM95k di Pasaran Amerika

Bumbung cerun tampil agresif menunjukkan kecenderungan rekabentuk kenderaan utiliti sukan (SUV) coupe mengikut trend masa kini. Rekabentuk bahagian depan menyerlahkan rupa umum Mitsubishi seperti model lain. Secara keseluruhan, rekabentuk baharu ini diakui mampu membuatkan ramai pembeli terpikat.

PAKEJ WARANTI HEBAT: Ini diberikan Mitsubishi USA, dan mungkin sama saja untuk pengedar negara lain. Eclipse Cross menawarkan jaminan pemilikan jangka panjang, iaitu 10 tahun (atau 160,000km) bagi had trenkuasa, dan 5 tahun (atau 96,000km) untuk waranti asas Mitsubishi. Ini sedikit sebanyak dapat meredakan kebimbangan pembeli tentang aspek realibiliti crossover ini.

PEMANDUAN DINAMIK DAN LANCAR: Stereng dirasakan tajam dan teguh ketika menyusuri selekoh. Walaupun suspensi agak keras berbanding biasa, terutama dalam segmen crossover, pemanduan masih menenangkan dan selesa sekalipun menyusuri jalan tidak rata.

SISTEM  INFOTAINMENT MENGUJAKAN: Eclipse Cross dilengkapi skrin sentuh 7 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Perkara  paling menarik, rekaan skrin dengan papan pemuka tidak menampilkan ciri murahan ataupun tidak sepadan. Mitsubishi juga turut menambah fungsi aplikasi fon pintar yang membenarkan kawalan jarak jauh termasuk mengunci dan membuka pintu, memanaskan dan menyejukkan kereta, dan  kawalan lampu utama.

BACA >>> Apple CarPlay [Siri 1/2]: Ketahui Sejarah Aplikasi Bebas Tangan

BACA >>> Apple CarPlay [Siri 2/2]: Ketahui Fungsi, Kelebihan dan Cara Menggunakannya

REKAAN KABIN MEYAKINKAN DAN RINGKAS: Kemasan dalaman Eclipse Cross direka ringkas tanpa menjejaskan kualiti. Kerusi, pintu dan juga papan pemuka menampilkan kualiti pembuatan yang baik. Punat kawalan suhu dan radio ditempatkan di kedudukan ideal yang memudahkan capaian pemandu dan penumpang. Eclipse Cross turut dihiasi trim menarik yang menyerlahkan sentuhan mewah yang secukup rasa dan tidak berlebihan.


KONTRA

PAKEJ KELIRU: Ruang kaki penumpang dengan panjang 896mm dan jumlah luas but 1,380 liter menempatkan Eclipse Cross pada kedudukan pertengahan dalam segmen. Pesaing utama seperti Honda HR-V mempunyai ukuran ruang kaki penumpang yang sama (896mm), tetapi menawarkan but lebih luas (1,660 liter), manakala Subaru Crosstrek pula menawarkan ruang kaki penumpang paling luas (940mm) dan luas but sederhana (1,550 liter). Dimensi HR-V dan Crosstrek lebih baik berbanding Eclipse Cross.

HARGA KELIRU: Model crossover ini menyasarkan harga permulaan AS$23,295 (RM90,074), iaitu lebih AS$3,000 (RM11,600) berbanding crossover subkompak  lain dalam kelas sama. Ini turut menimbulkan isu kerana Eclipse Cross tidak dijual pada harga kompetitif seperti model pesaing lain. Mitsubishi juga dilihat tidak memberikan alasan kukuh berhubung harga premium dikenakan itu.

BACA >>> Mitsubishi Eclipse Cross Akan Dijual di Indonesia, Harga Ramalan 147k!

ENJIN TIDAK CUKUP BERKEBOLEHAN: Enjin 1.5L turbo berkuasa 154hp dan tork 250Nm memberi pemanduan yang baik sekitar kawasan bandar. Tetapi pada masa sama enjin berkuasa itu turut mengeluarkan bunyi tegang (tipikal kotak gear CVT). Bagaimanapun, fungsi CVT yang dipadankan bersama enjin mampu beroperasi baik dalam melancarkan hantaran kuasa crossover ini.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

641
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, Mitsubishi Eclipse Cross, Mitsubishi Eclipse Cross (2018), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev