• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #BIMS2018: Mitsubishi eX Concept - Kenderaan Elektrik (EV) Masa Depan

#BIMS2018: Mitsubishi eX Concept - Kenderaan Elektrik (EV) Masa Depan

March 30, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2018 , Mitsubishi Motors (Thailand) memperkenalkan model konsep kenderaan utiliti sukan (SUV), Mitsubishi eX Concept sebagai kenderaan elektrik (EV) masa depan.

Model konsep berteknologi tinggi itu dipacu sistem elektrik dan trenkuasa termaju Mitsubishi, seiring tema HIMS 2018 ‘Revolution in Motion’(Revolusi dalan Gerakan). Mitsubishi eX terlebih dahulu dipamerkan pada Pameran Motor Tokyo sebelum ini dan versi pengeluaran dijangka diperkenalkan menjelang 2020.

MODEL ELETRIK MASA DEPAN

Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept

Model EV masa depan itu akan dibangunkan berasaskan konsep rekabentuk 'Dynamic Shield' dengan menampilkan SUV sporty. Sistem EV yang digunakan bakal menggunakan kapasiti, bateri dengan output motor elektrik berkuasa tinggi yang menyumbang kepada keseluruhan sistem yang lebih ringan dan cekap.

Sekali isian cas penuh mampu menggerakkan eX Concept sejauh 400km, manakala padanan Twin Motor 4WD dan S-AWC dengan sistem kawalan dinamik menjadikan pengendalian SUV ini lebih baik.

BACA >>> #PanduUji: Mitsubishi Outlander CKD, SUV 7-Tempat Duduk, Harga Pula Tak Masuk Akal!

Ciri berteknologi tinggi lain adalah termasuk pemanduan automatik dengan gabungan teknologi sambungan kereta, sistem maklumat generasi terkini dan teknologi keselamatan aktif serba canggih. Bahagian kabin didatangkan dengan kemasan pintu dan papan pemuka berbeza untuk bahagian pemandu dan penumpang sebelah.

CERMIN AR

Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept

Ruang dalaman Mitsubishi eX Concept direka lebih luas dan sporty dengan sistem realiti augmen (AR) pada cermin depan yang memaparkan pelbagai maklumat pemanduan. Ini termasuk navigasi satelit, amaran tukar lorong (LDW), isyarat jarak antara kenderaan dan maklumat trafik bergerak/pegun menerusi kamera berasaskan sistem pengecaman tanda jalan.

Cermin AR dilengkapi dengan Amaran Jejak atau Caution Tracking yang menggunakan teknologi bantuan pemandu daripada komunikasi kenderaan-kepada-kenderaan, kenderaan-kepada-jalan dan kenderaan-kepada-pejalan kaki bagi memaparkan panduan dan amaran.

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Paling Laris di Dunia (2017), Tewaskan Volkswagen

Ciri lain termasuk Paparan Pintar yang memaparkan maklumat pemanduan secara keseluruhan. Ciri tersebut juga boleh melakukan pencarian maklumat menerusi telefon pintar atau komputer menerusi infrastruktur cloud (pengkomputeran awan), manakala fungsi Kepintaran Buatan (AI) akan memberikan cadangan yang sesuai berdasarkan maklumat mengenai minat dan keinginan pemandu.

Kehadiran Mitsubishi eX Concept ialah petunjuk kepada EV masa depan yang menggabungkan teknologi inovatif dan kecemerlangan kejuruteraan.  Selain model EV konsep itu, Mitsubishi Motors Thailand turut mempamerkan model sedia ada: Mitsubishi Pajero Sport Limited Edition, Mitsubishi Triton Athlete Mega Cab Plus dan Mitsubishi Mirage Limited Edition.

GALERI

Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept
Mitsubishi eX Concept

Related

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bangkok International Motor Show 2018, BIMS2018, Dynamic Shield, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, Mitsubishi eX Concept, Mitsubishi Mirage Limited Edition, Mitsubishi Motors (Thailand), Mitsubishi Motors (Thailand) Co. Ltd, Mitsubishi Motors Malaysia, Mitsubishi Pajero Sport Limited Edition, Mitsubishi Triton Athlete Mega Cab Plus, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my