• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Audi Bangunkan Teknologi TLIS, Masa Menunggu Lampu Isyarat Kini di Skrin Kereta

Audi Bangunkan Teknologi TLIS, Masa Menunggu Lampu Isyarat Kini di Skrin Kereta

March 26, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AUDI sejak beberapa tahun lalu secara berperingkat memperkenalkan Sistem Informasi Lampu Isyarat (TLIS) di seluruh Amerika Syarikat (AS) yang bertindak memaklumkan tentang tempoh masa lampu merah bertukar hijau.

Terbaharu, pengeluar automotif dari Jerman itu melancarkan sistem tersebut di Washington, yang juga negeri ke-7 di AS menggunakan teknologi berkenaan.

Ringkasnya, teknologi berkonsepkan kenderaan-kepada-infrastruktur atau vehicles-to-infrastucture (V2I) itu berfungsi menerima maklumat sistem pengurusan pusat lampu isyarat menerusi rangkaian Internet hotspot 4G LTE terbina dalam (built in).

BACA >>> Subaru Mungkin Gugurkan Gear Manual untuk Beri Ruang Teknologi Keselamatan

Sistem itu, yang boleh dipakai pada beberapa model Audi 2017 dan 2018, membantu pemandu lebih bersiap sedia untuk bergerak Teknologi. TLIS bukan baharu kerana Audi sudah memperkenalkan teknologi itu sejak 2014 dan dilaksanakan secara rasmi pada 2016 di Las Vegas.

BAGAIMANAKAH TEKNOLOGI TLIS BERFUNGSI?

Sitem-TLIS-Audi1
Sitem-TLIS-Audi2
Sitem-TLIS-Audi1
Sitem-TLIS-Audi2
Sitem-TLIS-Audi3

Teknologi TLIS berfungsi menerusi komunikasi dengan server lampu isyarat. Kemudian, kedua-dua sistem (TLIS dan server) akan saling bertukar maklumat. TLIS akan mendapatkan data lampu isyarat di jalan yang sedang dilalui pemandu (sama ada merah atau hijau) dan mengira berapa lamakah tempoh masa menunggu.

Maklumat itu kemudian dipaparkan pada panel instrumen kereta atau paparan dongak (HID) jika ada. Mungkin sangat ringkas dan sekadar pelengkap kepada banyak teknologi moden kenderaan moden hari ini. Tetapi, TLIS sedikit sebanyak dapat membantu pemandu memantau situasi semasa lampu isyarat, dan bersiap sedia meneruskan perjalanan yang menyumbang kepada kelancaran lalu lintas.

PROTOTAIP GLOSA JADI ASAS


Audi 4 tahun lalu turut membangunkan prototaip sistem Green Light Optimized Speed Advisory (GLOSA) yang mampu mengoptimumkan laluan navigasi berdasarkan situasi jalan pada satu-satu masa.

GLOSA akan berkomunikasi dengan sistem V2I dengan memaklumkan kelajuan sesuai hingga membolehkan pemandu melepasi banyak lampu hijau tanpa perlu berhenti di lampu merah. Jika GLOSA mengesan kereta perlu berhenti di lampu merah, sistem akan mengaktifkan sistem lahu henti-mula (idling start-stop). Malah, berdasarkan maklumat server, enjin akan dihidupkan sendiri lima saat sebelum lampu hijau menyala.

Bagaimanapun, sistem itu masih belum dapat direalisasikan dalam masa dekat. Namun, asas sistem TLIS sudah cukup membantu sistem navigasi. Sistem tersebut juga sedikit sama dengan teknologi BMW, EnLighten yang hanya berfungsi jika sistem iDrive bersambung dengan telefon pintar, iPhone.

Jika TLIS  disempurnakan dengan sistem GLOSA, rasanya tiada lagi wujud situasi pemandu terleka, dan terhegeh-hegeh di lampu isyarat kerana baru hendak menukar gear dan bergerak dalam tempoh tiga saat selepas lampu hijau menyala.

https://youtu.be/OUxykbfmBEg

Related

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Amerika Syarikat (AS), Audi, GLOSA, Green Light Optimized Speed Advisory (GLOSA), Roda4, Sistem Informasi Lampu Isyarat (TLIS), Sistem Maklumat Lampu Isyarat (TLIS), teknologi, teknologi TLIS, Traffic Light Information System (TLIS), Washington

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev